Langkau ke kandungan
Laman web rasmi Kerajaan Malaysia
Saiz teks
Pernyataan aksesibiliti

Laman web rasmi menggunakan .gov.myLaman web kerajaan Malaysia menggunakan domain .gov.my. Pastikan alamat jpj.gov.my sebelum membuat sebarang urusan.

Laman web yang selamat menggunakan HTTPSCari ikon kunci atau https:// pada pelayar sebelum berkongsi maklumat peribadi.

  1. Laman utama
  2. Kenderaan
  3. Permit ICP bagi kenderaan luar negara
Kenderaan

Permit ICP bagi kenderaan luar negara

Peraturan bagi kenderaan dan pemandu asing yang memasuki Malaysia adalah berdasarkan Motor Vehicles (International Circulation ) Rules 1967.

Syarat Pengeluaran Permit Edaran Antarabagsa (ICP)

  1. Mengemukakan borang JPJK9 dan syarat di atas dipatuhi. Borang permohonan adalah percuma.
  2. Mematuhi dan diluluskan oleh pihak Pelabuhan Kastam Malaysia bagi membolehkan kenderaan terlibat dibawa masuk ke Negara Malaysia. (jika kenderaan dibawa masuk melalui pelabuhan)
  3. Tempoh sahlaku ICP ialah 90 hari dan boleh dilanjutkan atas kelulusan Pengarah JPJ Negeri yang berkaitan bagi tempoh tambahan 90 hari yang tidak melebihi 180 hari dalam satu tahun.

Walaubagaimanapun peraturan ini dikecualikan kepada kenderaan motor dari Singapura dan Brunei.

Syarat-Syarat Utama

A.Syarat Kemasukan Kenderaan Persendirian

  1. Kenderaan hendaklah berdaftar di negara asal
  2. Mempamerkan nombor pendaftaran didalam huruf Roman. (nombor pendaftaran merah dari Thailand tidak dibenarkan masuk)
  3. Mempunyai perakuan pendaftaran kenderaan dengan terjemahan Bahasa Malaysia atau Inggeris.
  4. Mempunyai perlindungan insurans Pihak Ketiga.(Insurans Malaysia)
  5. Mematuhi peraturan dibawah Kaedah Pembinaan dan Peggunaaan 1959.
  6. Cermin depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70% manakala cermin tepi dan belakang hendaklah telus cahaya tidak kurang 50%.
  7. Mempunyai lesen memandu dengan terjemahan Bahasa Malaysia atau Inggeris.
  8. Penunggang motosikal diwajibkan memakai topi keledar.
  9. Pemandu kereta atau van diwajibkan memakai talipinggang keledar.

B.Syarat Kemasukan Kenderaan Perdagangan

  1. Pemilik atau pemandu kenderaan perdagangan dikecualikan memohon Permit Peredaran Antarabangsa (ICP).
  2. Semua kenderaan barangan dan perkhidmatan awam termasuk decontrolled (pick-up) perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP); Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Jabatan Pengangkutan Jalan atau lain-lain pihak berkuasa yang berkaitan.
  3. Pemandu kenderaan barangan, perkhidmatan awam dan decontrolled (pick-up) mesti mempunyai lesen Goods Driving Licence (GDL), Public Service Vehicle (PSV) dan Konduktor seperti yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
Adakah halaman ini membantu?

Dikemas kini: 17 Apr 2025Sumber: halaman asal JPJKandungan asal dipindah, belum ditulis semula