Langkau ke kandungan
Laman web rasmi Kerajaan Malaysia
Saiz teks
Pernyataan aksesibiliti

Laman web rasmi menggunakan .gov.myLaman web kerajaan Malaysia menggunakan domain .gov.my. Pastikan alamat jpj.gov.my sebelum membuat sebarang urusan.

Laman web yang selamat menggunakan HTTPSCari ikon kunci atau https:// pada pelayar sebelum berkongsi maklumat peribadi.

  1. Laman utama
  2. Kenderaan
  3. Pendaftaran kenderaan import
Kenderaan

Pendaftaran kenderaan import

JPJ telah melaksanakan prosedur pendaftaran kenderaan secara e-Daftar mulai tahun 2001, dengan Fasa Pertama melibatkan kenderaan pemasangan dan buatan tempatan.Melalui sistem ini, data pendaftaran kenderaan dihantar secara elektronik oleh pembuat dan pemasang kenderaan.

Berkuatkuasa 1 Jun 2010, penggunaan sistem e-Daftar telah diperluaskan dan dikuatkuasakan ke atas pendaftaran kenderaan import dengan kemasukan data ke dalam sistem JPJ dibuat oleh syarikat pengimport kenderaan. Penguatkuasaan ini juga dilaksanakan ke atas kenderaan import yang dibawa masuk menggunakan AP Individu.

Bagi pemegang AP Individu, kemasukan maklumat pendaftaran kenderaan ke dalam sistem e-Daftar boleh dilakukan melalui salah satu daripada tiga (3) Gateway Providers (GP) seperti berikut:

Nama GP

Pegawai Yang Boleh Dihubungi

No. Telefon Dan Faks

Cuscapi Berhad

Level 28, MyEG Tower,

No.8, Jalan Damansara,

Empire City, PJU 8,

47820 Petaling Jaya, Selangor.

www.cuscapi.com

En. Zharif Ikhwan Bin Azimi

(mohamadzharif@cuscapi.com)

Tel: 03-7611 1200

Drosstech Sdn Bhd
SW-03-17, Cova Square
Jalan Teknologi,Kota Damansara, PJU5,47810 Petaling Jaya
Selangor
www.drosstech.com.my

En. Fauzi Bin Manan
(fauzi@drosstech.com.my)

Encik Mohd Khamadi
(khamadi@drosstech.com.my)

Tel: 03-6142 4577
Faks: 03-6142 4577

POIS Sdn Bhd

Level 4, Wisma Commerce Dot Com

No. 15, Jalan Tandang

46050 Petaling Jaya, Selangor.

En. T Muhhammad Aliff Bin Azman

www.pois.com.my

Tel: 03-7985 5354
Faks: 03-7781 3311

Dokumen yang perlu dikemukakan kepada GP bagi proses kemasukan data pendaftaran adalah seperti berikut:

  1. Dokumen pengenalan diri pemilik
  2. Salinan Lesen Import (AP)
  3. Salinan Borang Kastam K1 dan
  4. Salinan Laporan Pemeriksaan Kenderaan di PUSPAKOM.
  5. Bayaran perkhidmatan sebanyak RM50 akan dikenakan bagi setiap kemasukan dan penghantaran data ke pengkalan data JPJ. Walaubagaimanapun, bayaran bagi sebarang perkhidmatan tambahan adalah tertakluk kepada persetujuan di antara pihak GP dengan pemegang AP.
  6. Sebarang pertanyaan berhubung pelaksanaan sistem e-Daftar boleh diajukan ke Bahagian Pelesenan Kenderaan, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia di talian 03-8000 8000.
Adakah halaman ini membantu?

Dikemas kini: 17 Apr 2025Sumber: halaman asal JPJKandungan asal dipindah, belum ditulis semula