Tuntut kenderaan yang disita JPJ
Kenderaan yang disita JPJ boleh dituntut selepas identiti pemandu atau kenderaan dikenal pasti, kesalahan diberhentikan, atau dilepaskan melalui perintah mahkamah.
- Asas undang-undang
- Seksyen 64(1) APJ 1987
- Di mana tuntut
- Pejabat JPJ yang menyita kenderaan
- Siapa hadir
- Pemilik berdaftar dan pihak yang menuntut
Bila kenderaan boleh dituntut
- Identiti pemandu atau kenderaan telah dikenal pasti.
- Kesalahan yang dilakukan telah diberhentikan atau diatasi.
- Dilepaskan oleh mahkamah (perintah mahkamah).
Siapa boleh menuntut
- Pemunya atau pemilik berdaftar.
- Institusi kewangan, jika tidak dituntut oleh pemilik dalam tempoh yang ditetapkan dan dengan perintah mahkamah.
- Agensi kerajaan seperti Polis atau Kastam.
- Orang yang diberi kuasa di bawah pentadbir pusaka, jika pemilik telah meninggal dunia.
- Bagi kenderaan syarikat: pengarah urusan, setiausaha syarikat, atau pegawai syarikat yang diberi kuasa secara bertulis.
Dokumen yang perlu dibawa
- LKM dan insurans yang sah (jika berkaitan).
- Lesen memandu yang sah dan masih berkuat kuasa.
- Kad pengenalan dan salinan.
- Lesen pengendali atau permit asal (kenderaan perdagangan atau sekolah memandu).
- Borang 49 SSM (kenderaan syarikat).
Pemilik berdaftar dan pihak yang menuntut perlu hadir ke pejabat JPJ tempat kenderaan itu disita.
Adakah halaman ini membantu?

