Langkau ke kandungan
Laman web rasmi Kerajaan Malaysia
Saiz teks
Pernyataan aksesibiliti

Laman web rasmi menggunakan .gov.myLaman web kerajaan Malaysia menggunakan domain .gov.my. Pastikan alamat jpj.gov.my sebelum membuat sebarang urusan.

Laman web yang selamat menggunakan HTTPSCari ikon kunci atau https:// pada pelayar sebelum berkongsi maklumat peribadi.

  1. Laman utama
  2. Tentang JPJ
  3. e-Aduan@JPJ: aduan dan maklum balas
Tentang JPJ

e-Aduan@JPJ: aduan dan maklum balas

Aplikasi e-Aduan@JPJ

  1. Aplikasi ini telah dilancarkan pada 1 April 2022 sempena Sambutan Ulang Tahun JPJ yang ke 76 di Dewan Muafakat Ayer Hitam, Johor.
  2. Aplikasi ini dibangunkan bertujuan :
    • mendidik pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya;
    • mengwujudkan “Perception Of Being Caught” dikalangan pengguna jalan raya;
    • menjadikan jalan raya selamat digunakan oleh semua;
    • menyediakan suatu platform yang mesra pengguna dalam menyalurkan aduan berhubung kesalahan lalulintas.
  1. Aplikasi ini membolehkan pengguna menyalurkan aduan lalulintas bagi sembilan (9) jenis kesalahan utama seperti berikut :
    • Gagal Mematuhi Lampu Isyarat Merah;
    • Memotong Garisan Berkembar;
    • Menggunakan Telefon Bimbit Semasa Memandu;
    • Memandu Di Lorong Kecemasan;
    • Tidak Memakai Talipinggang Keledar / Topi Keledar;
    • Memotong Sebelah Kiri;
    • Memotong Barisan;
    • Cermin Gelap; dan
    • Nombor Plat Fancy.
  1. Aplikasi ini berada di MyJPJ dan boleh dimuat turun di Playstore, Apple Store & Huawei Store.
  2. Orang awam hanya perlu melalui tatacara berikut untuk menyalurkan aduan;
  • Muat turun aplikasi MyJPJ
  • Daftar ID Awam diplatform atau di JPJ Portal (www.jpj.gov.my)
  • Log Masuk
  • Pastikan Data GPS diatifkan
  • Pilih kesalahan yang bersesuaian
  • Muat naik gambar / video /pautan berkaitan kesalahan
  • Lengkapkan maklumat yang disediakan
  • Hantar
  • Perakuan sebagai saksi JPJ

a. Carta Alir Aduan

b. Taklimat Aplikasi Aduan

Adakah halaman ini membantu?

Dikemas kini: 18 Apr 2025Sumber: halaman asal JPJKandungan asal dipindah, belum ditulis semula