Langkau ke kandungan
Laman web rasmi Kerajaan Malaysia
Saiz teks
Pernyataan aksesibiliti

Laman web rasmi menggunakan .gov.myLaman web kerajaan Malaysia menggunakan domain .gov.my. Pastikan alamat jpj.gov.my sebelum membuat sebarang urusan.

Laman web yang selamat menggunakan HTTPSCari ikon kunci atau https:// pada pelayar sebelum berkongsi maklumat peribadi.

  1. Laman utama
  2. Lesen Memandu
  3. Perbaharui lesen memandu kompeten (CDL)
Lesen Memandu

Perbaharui lesen memandu kompeten (CDL)

Perbaharui lesen memandu kompeten (CDL) anda di kaunter JPJ, kiosk eKhidmat atau Pejabat Pos. Warganegara boleh memperbaharui sehingga 10 tahun sekali gus.

Tempoh (warganegara dan MyPR)
1 hingga 10 tahun
Tempoh (bukan warganegara)
1 hingga 5 tahun
Kelas B2, B dan C
RM20.00 setahun
Kelas D dan ke atas
RM30.00 setahun

Di mana boleh perbaharui

Kaunter JPJ

JPJ Negeri, Cawangan, UTC dan Kaunter 1JPJ.

Kiosk eKhidmat

Mesin layan diri di lokasi terpilih.

Pejabat Pos

Rangkaian Pejabat Pos Malaysia Berhad (PMB).

Syarat

  • Warganegara Malaysia dan pemastautin tetap (MyPR) boleh memperbaharui bagi tempoh 1 hingga 10 tahun.
  • Bukan warganegara, termasuk pemegang MyKAS dan pasport, boleh memperbaharui bagi tempoh 1 hingga 5 tahun.
  • Tidak disenarai hitam.

Dokumen yang perlu dibawa

  • MyKad atau pasport asal pemohon. Jika diuruskan oleh wakil, bawa salinan MyKad atau pasport pemohon.
  • Dokumen pengenalan diri asal wakil (jika diuruskan oleh wakil).
  • Lesen memandu asal atau salinan.
  • Satu keping gambar berwarna berlatar putih, berukuran 25mm x 32mm.
  • Pasport yang masih berkuat kuasa (warga asing).

Bayaran

KelasWarganegaraBukan warganegara
A dan A1RM2.00 setahun
B2, B dan CRM20.00 setahunRM120.00
D dan ke atasRM30.00 setahunRM120.00
Lesen kompeten yang tamat tempoh melebihi tiga tahun perlu melalui rayuan lesen memandu tamat tempoh.
Adakah halaman ini membantu?

Dikemas kini: 7 Ogo 2025Sumber: halaman asal JPJ