- Laman utama
- Soalan lazim
Soalan lazim. 170 jawapan daripada 9 kategori.
Sembilan halaman soalan lazim digabungkan menjadi satu. Cari soalan anda atau pilih kategori.
Lesen memandu 44
Soalan lazim bagi Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) berteraskan hasil pembelajaran.
Soalan lazim bagi pelaksanaan naik taraf Lesen Memandu Bersalut Plastik (laminated) sedia ada kepada Lesen Memandu Bersekuriti Tinggi.
Soalan lazim berkaitan penetapan kadar harga bagi proses belajar memandu di Institut Memandu
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak menetapkan kadar harga untuk belajar memandu di Institut Memandu. Sebagai calon belajar memandu, adalah tangggungjawab calon supaya membuat perbandingan dari segi harga dan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan di beberapa buah Institut Memandu terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk belajar memandu di sesebuah Institut Memandu.
Sumber: Soalan Lazim Lesen memandu, laman JPJAdakah lesen memandu Percubaan layak untuk memohon Permit Memandu Antarabangsa (IDP)?
Hanya pemegang Lesen Memandu Kompeten (CDL) yang berumur 18 tahun dan keatas sahaja yang layak untuk memohon Permit Memandu Antarabangsa (IDP). Pemegang Lesen Memandu Percubaan (PDL) adalah tidak layak.
Sumber: Soalan Lazim Lesen memandu, laman JPJBagaimana golongan kurang upaya (OKU) untuk mendapatkan lesen memandu. Adakah terdapat keistimewaan kepada golongan tersebut?
Syarat permohonan lesen memandu golongan OKU adalah sama seperti permohonan biasa. Walaubagaimanapun, golongan OKU diberi kemudahan dengan membenarkan mereka membawa kenderaan yang telah diubahsuai semasa ujian Praktikal.
Sumber: Soalan Lazim Lesen memandu, laman JPJBerapakah umur kelayakan untuk mendapatkan Lesen Memandu kenderaan Barangan (GDL)?
Mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 menetapkan syarat umur bagi permohonan Lesen Memandu Kenderaan Barangan (GDL) ialah 21 tahun dan keatas.
Sumber: Soalan Lazim Lesen memandu, laman JPJLesen Belajar Memandu (LDL) saya telah tamat tempoh melebihi 2 tahun. Adakah saya masih boleh memperbaharuinya bagi membolehkan saya duduki ujian praktikal?
Lesen Belajar Memandu (LDL) dibenarkan diperbaharui bagi tempoh 3 atau 6 bulan tetapi tidak boleh melepasi agregat 2 tahun daripada tarikh ia dikeluarkan. Sekiranya melepasi tempoh tersebut, calon perlu mengulangi semula semua elemen latihan dan ujian bagi mendapatkan Lesen Belajar Memandu (LDL).
Sumber: Soalan Lazim Lesen memandu, laman JPJLesen Memandu Percubaan saya telah dibatalkan kerana kesalahan di bawah Sistem KEJARA. Adakah saya layak untuk merayu mengecualikan menduduki Ujian Bahagian 1 di Ibu Pejabat?
Pengecualian menduduki Ujian Bahagian 1 semula hanya diberi kepada pemohon yang gagal memperbaharui Lesen Memandu dalam yang ditetapkan sahaja. Ini bermakna, pemegang Lesen Memandu dibatalkan atas kesalahan KEJARA tidak layak untuk memandu.
Sumber: Soalan Lazim Lesen memandu, laman JPJLesen Memandu Tamat Tempoh Berapa lamakah tempoh lesen memandu tamat jika saya tidak memperbaharuinya?.
Bagi Lesen P adalah setahun dan Lesen CDL adalah tiga tahun
Sumber: Soalan Lazim Lesen memandu, laman JPJSaya mempunyai lesen memandu Percubaan dan bercadang untuk memandu teksi. Bolehkah saya memohon Lesen Perkhidmatan Awam (PSV)?
Mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, pemegang lesen memandu (PDL) tidak layak memohon Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV). Pemohon perlu memegang Lesen Memandu Kompeten (CDL) dan berumur tidak kurang 21 tahun dan mempunyai tahap kesihatan yang memuaskan sebelum layak memohon lesen memandu perkhidmatan awam (PSV).
Sumber: Soalan Lazim Lesen memandu, laman JPJAdakah pemegang lesen vokasional yang lahir pada 29 Februari atau pada tahun lompat juga diselaraskan?
- Bagi pemegang lesen vokasional yang tarikh lahirnya ialah pada 29 Februari, tarikh tamat kuasa lesen vokasional mereka ialah pada 28 Februari dan tarikh kuatkuasa baru bagi pembaharuan adalah pada 1 Mac.
Soalan Lazim Berkaitan Slip Pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM)
Soalan lazim Berkaitan Penggabungan Kursus dan Ujian Teori Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) bagi Motosikal dan Motokar.
Soalan Lazim Berkaitan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) Motokar Dan Motosikal (Gabungan)
Soalan Lazim berkaitan syarat yang diperlukan bagi penubuhan sesebuah Institut Memandu?
Soalan Lazim Berkaitan Permohonan Pertukaran Lesen Memandu Luar Negara
Soalan Lazim Program myLESEN B2
Soalan Lazim Berkaitan Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2/ B1 Kepada LMM Kelas B
Soalan Lazim Fi Cetakan Lesen Memandu Malaysia (LMM)
Soalan Lazim Berkaitan Pemberian Rebat RM5 Bagi Pembaharuan Lesen Memandu Malaysia Digital (e-LMM)
Soalan lazim Berkaitan Lesen Memandu Keluarga Malaysia (BLKM).
Soalan lazim Berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Melibatkan Bahagian Pelesenan Pemandu.
Soalan lazim bagi pelaksanaan naiktaraf Lesen Memandu Bersalut Plastic (laminated) sedia ada kepada Lesen Memandu Bersekuriti Tinggi.
Adakah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menetapkan kadar harga bagi Belajar Memandu di Institut Memandu?
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak menetapkan kadar harga untuk belajar memandu di Institut Memandu. Sebagai calon belajar memandu, adalah tangggungjawab calon supaya membuat perbandingan dari segi harga dan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan di beberapa buah Institut Memandu terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk belajar memandu di sesebuah Institut Memandu.
Sumber: Soalan Lazim Lesen memandu, laman JPJAdakah Lesen Memandu Percubaan boleh ditukar kepada Lesen Memandu Kompeten sebulan sebelum tamat tempoh?
Mengikut prosedur yang ditetapkan, permohonan pertukaran Lesen Memandu Percubaan hanya dibenarkan ditukar kepada Lesen Memandu Kompeten dalam masa 7 hari sebelum tamat tempoh. Sekiranya urusniaga pertukaran lesen dilakukan dalam tempoh 7 hari sebelum tamat tempoh, lesen hanya layak diberikan bagi tempoh 1 tahun sahaja.
Sumber: Soalan Lazim Lesen memandu, laman JPJApakah yang dimaksudkan dengan inisiatif pengstrukturan semula lesen vokasional kepada satu bentuk?
Pengstrukturan semula lesen vokasional kepada satu bentuk adalah satu inisiatif kerajaan bagi memudahkan pemegang lesen yang memiliki lesen vokasional (PSV,GDL dan KONDUKTOR) memegang satu bentuk lesen vokasional sahaja.
Sumber: Soalan Lazim Lesen memandu, laman JPJApakah yang dimaksudkan dengan penyelarasan tarikh tamat lesen memandu vokasional mengikut tarikh lahir?
Penyelarasan tarikh tamat lesen memandu vokasional mengikut tarikh lahir bermaksud apabila lesen memandu vokasional pemegang lesen tamat tempoh, tarikh tamat kuatkuasa lesen memandu vokasional tersebut akan diselaraskan dari tarikh tamat semasa kepada tarikh tamat mengikut tarikh lahir pemegang lesen vokasional pada tahun berikutnya.
Sumber: Soalan Lazim Lesen memandu, laman JPJApakah rasional pelaksanaan inisiatif lesen vokasional satu bentuk dan tarikh tamat lesen memandu vokasional mengikut tarikh lahir pemegang lesen?
Rasionalnya inisiatif ini ialah:
- Pemegang lesen vokasional yang mempunyai pelbagai jenis lesen vokasional (PSV,GDL dan KONDUKTOR) hanya perlu memegang satu bentuk lesen sahaja.
- Untuk memberi kemudahan kepada pemegang lesen untuk mengingati tarikh membaharui lesen memandu vokasional mereka.
- Inisiatif ini telah terpakai kepada pemegang lesen memandu kompeten yang telah sedia ada.
- Mengurangkan kes pemegang lesen memandu vokasional tidak aktif dan mengurangkan kes rayuan untuk membaharui lesen memandu vokasional yang tamat tempoh melebihi 3 tahun dan
- Sebagai alternatif kepada sistem penyampaian notis peringatan yang telah dilaksanakan oleh JPJ.
Apakah jenis lesen vokasional yang terlibat dalam inisiatif ini?
Pelaksanaan inisiatif ini melibatkan semua jenis lesen memandu vokasional iaitu PSV, GDL dan KONDUKTOR.
Sumber: Soalan Lazim Lesen memandu, laman JPJBilakah inisiatif ini mula berkuatkuasa?
Inisiatif ini akan dilaksanakan mulai 15 Mac 2013.
Di manakah perkhidmatan bagi urusniaga penyelarasan penstrukturan semula lesen vokasional kepada satu bentuk dan penyelarasan tarikh tamat lesen vokasional mengikut tarikh lahir boleh dibuat?
Perkhidmatan bagi urusniaga ini disediakan di kaunter pejabat JPJ negeri /cawangan dan boleh diperolehi melalui aktiviti:
- Permohonan baharu Lesen vokasional
- Permohonan tambah kelas lesen vokasional
- Permohonan pembaharuan lesen vokasional
- Permohonan salinan lesen vokasional
- Permohonan gantian lesen vokasional
Siapakah pemegang lesen yang terlibat?
Pelaksanaan inisiatif ini akan melibatkan semua pemegang lesen memandu vokasional (PSV, GDL dan KONDUKTOR). Bagi pemegang lesen vokasional warga Singapura, urusniaga hanya dibenarkan dilakukan di pejabat JPJ Negeri Johor (Stesen Johor Bharu) sahaja.
Sumber: Soalan Lazim Lesen memandu, laman JPJApakah terdapat perubahan struktur atau kadar baru yang dikenakan bagi pelaksanaan inisiatif ini kepada pemegang lesen?
Pelaksanaan inisiatif ini tidak melibatkan perubahan kepada struktur fi lesen memandu vokasional. Kadar fi lesen vokasional bentuk baru dikekalkan iaitu RM20.00 setahun. Ini bermakna bagi mana-mana pemegang lesen vokasional yang mempunyai lebih daripada satu jenis lesen vokasional seperti lesen PSV dan GDL, mereka akan mendapat faedah di bawah pelaksanaan inisiatif ini memandangkan kadar fi struktur baru dikekalkan sebanyak RM20 setahun berbanding RM40 setahun sebelum ini.
Sumber: Soalan Lazim Lesen memandu, laman JPJAdakah pihak kerajaan memberikan apa-apa insentif bagi pelaksanaan pengstrukturan lesen vokasional kepada satu bentuk?
Bagi pelaksanaan inisiatif pengstrukturan lesen vokasional kepada satu bentuk baru, kerajaan bersetuju memberikan insentif kepada setiap pemegang lesen memandu vokasional berhubung pengenaan hanya satu nilai fi sahaja bagi kesemua jenis lesen vokasional.
Adakah pihak kerajaan memberikan apa-apa insentif bagi pelaksanaan sistem pembaharuan lesen memandu vokasional mengikut tarikh lahir?
- Bagi pelaksanaan inisiatif sistem lesen memandu vokasional baru ini, kerajaan bersetuju:
- Memberikan insentif kepada setiap pemegang lesen memandu vokasional warga Malaysia sahaja.
- Pelarasan dengan amaun percuma atau rebet 50% kepada pemegang lesen memandu vokasional warga Malaysia.
- Pelarasan dengan amaun percuma, rebet atau berdasarkan tempoh(bulan) hanya diberi sekali sahaja.
- Bagi pemegang lesen memandu vokasional bukan warga Malaysia (SIN), fi yang dikenakan adalah berdasarkan kadar purata mengikut tempoh lesen memandu vokasional yang dipohon digenapkan mengikut bulan kelahiran.
Adakah tempoh tertentu ditetapkan kerajaan kepada pemegang lesen vokasional untuk mendapatkan insentif yang diberikan?
Kerajaan tidak menetapkan tempoh tertentu untuk mendapatkan insentif ini. Setiap pemegang lesen vokasional sedia ada dan pemegang lesen vokasional baharu layak menerima sekali (1) sahaja insentif tersebut.
Sumber: Soalan Lazim Lesen memandu, laman JPJApakah implikasi bagi pemegang lesen vokasional yang lewat membaharui lesen mereka selepas pelarasan kali pertama tarikh lahir dibuat?
- Di bawah sistem baharu ini, tarikh tamat lesen memandu vokasional akan sentiasa diselaraskan secara automatik dengan tarikh lahir. ii. Sekiranya pemegang lesen vokasional masih lagi terlupa atau lewat memperbaharui lesen memandu vokasional mereka selepas penyelarasan pertama dibuat,fi pembaharuan dikenakan berdasarkan kadar biasa.
Soalan lazim bagi Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) berteraskan hasil pembelajaran.
Soalan lazim bagi Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) berteraskan hasil pembelajaran.
Syarat penubuhan sesebuah Institut Memandu
2.2 SENARAI NEGARA BAGI PERJANJIAN 1949 OKT 2023 FAQ Pertukaran Lesen Memandu Luar Negara
2.2 SENARAI NEGARA BAGI PERJANJIAN 1949 OKT 2023 FAQ Pertukaran Lesen Memandu Luar Negara
2.2 SENARAI NEGARA BAGI PERJANJIAN 1949 OKT 2023 FAQ Pertukaran Lesen Memandu Luar Negara
SOALAN LAZIM PROGRAM MYLESEN B2
FAQ Program Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) V3.0 Senarai Institut Memandu Menjalankan Pelaksanaan Program Khas Peralihan LMM Kelas B2 B1 Kepada LMM Kelas B
FAQ Program Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) V3.0 Senarai Institut Memandu Menjalankan Pelaksanaan Program Khas Peralihan LMM Kelas B2 B1 Kepada LMM Kelas B
Kenderaan 14
Apakah maksud salinan perakuan pendaftaran kenderaan?
Perakuan pendaftaran kenderaan bermaksud perakuan pendaftaran kenderaan asal telah tiada atas sebab-sebab berikut:-
- hilang : tiada dalam kawalan dan simpanan yang disebabkan oleh keciciran, kecurian dan lain-lain sebab yang membawa maksud sedemikian; atau
- binasa : tiada dalam kawalan dan simpanan yang disebabkan oleh kebakaran dan lain-lain sebab yang membawa maksud sedemikian; atau
- rosak : ada dalam kawalan dan simpanan tetapi maklumat-maklumat kenderaan motor gagal dibaca dengan sempurna disebabkan oleh kejadian reput, terbakar, pudar dan lain-lain sebab yang membawa maksud sedemikian.
Perakuan Pendaftaran kenderaan baru yang dikeluarkan oleh jpj dinamakan sebagai salinan perakuan pendaftaran kenderaan.
Sumber: Soalan Lazim Kenderaan, laman JPJApakah tindakan yang perlu dilakukan sekiranya lkm kenderaan tidak diperbaharui melebihi tiga(3) tahun.?
Untuk makluman, bagi kenderaan yang tarikh luput LKM terakhirnya adalah melebihi tiga (3) tahun daripada tarikh permohonan, kenderaan perlu menjalani dan lulus pemeriksaan kenderaan seperti berikut :-
a) Pemeriksaan PUSPAKOM bagi semua kenderaan; atau
b) Pemeriksaan PG10 bagi motorsikal milik individu sahaja dan motosikal yang diperiksa semasa program yang dianjurkan oleh JPJ atau motorsikal yang disita oleh JPJ sahaja.
Sumber: Soalan Lazim Kenderaan, laman JPJBolehkah kenderaan motor didaftarkan jika nombor casis telah diganggu?
Tidak boleh kerana menurut Seksyen 10 APJ 1987 iaitu permohonan untuk pendaftaran menyatakan bahawa tiada suatu pun kenderaan motor boleh didaftarkan kecuali kenderaan itu mempunyai nombor enjin dan casis yang terang, jelas dan tidak terusik.
Sumber: Soalan Lazim Kenderaan, laman JPJBolehkah pembaharuan lkm dibayar lebih awal dari tarikh tamat lkm?
Boleh, pembaharuan LKM boleh dibuat seawal dua (2) bulan sebelum tarikh tamat tempoh LKM.
Sumber: Soalan Lazim Kenderaan, laman JPJLKM saya telah luput tempoh melebihi 3 tahun , namun saya perlu ke puspakom bagi tujuan pemeriksaan kenderaan. tolong nasihati saya.
Pemilik berdaftar/wakil perlu membuat permohonan permit perjalanan sementara(PPS) di pejabat jpj dengan syarat insurans kenderaan hendaklah berkuatkuasa.
Sumber: Soalan Lazim Kenderaan, laman JPJSoalan Lazim Berkaitan Lesen Kenderaan Motor (LKM) Bentuk Baharu
Adakah syarikat perlu menyediakan resolusi jika membeli kenderaan motor?
Resolusi perlu disediakan jika terdapat penjualan kenderaan dan seterusnya memerlukan persetujuan penjualan oleh Lembaga Pengarah syarikat tersebut bagi membolehkan urusniaga THM dilaksanakan.
Sumber: Soalan Lazim Kenderaan, laman JPJSyarikat memerlukan masa agak lama (3-4 minggu) untuk menyiapkan resolusi kerana Lembaga Pengarah terdiri daripada 11 orang, sentiasa berada di luar pejabat dan sukar untuk mendapatkan tandatangan dalam satu masa
i. Resolusi awal/ resolusi asal memerlukan tandatangan semua Lembaga Pengarah di Syarikat berkenaan dan seterusnya menjadikan resolusi syarikat tersebut sebagai Master Copy untuk membuat urusniaga Tukar Hak Milik.
ii. Syarikat boleh mengemukakan mana-mana dokumen sokongan (Corporate Information/ Lesen Perniagaan/ Surat rasmi penubuhan daripada MITI atau MOF dan Resolusi Syarikat) sebagai Master Copy dengan syarat terdapat permohonan Tukar Hak Milik >5 kali sebulan / >3 permohonan dalam satu masa.
iii. Tempoh sah simpanan Master Copy adalah tidak melebihi satu (1) tahun daripada tarikh cetakan.
iv. Master Copy perlu diubah jika terdapat perubahan ahli Lembaga Pengarah.
v. Boleh rujuk pada Akta Syarikat tentang resolusi syarikat.
Sumber: Soalan Lazim Kenderaan, laman JPJSituasi 1: Lembaga Pengarah tiada di Malaysia. Situasi 2: Apabila menghantar Borang JPJK3 di kaunter JPJ, pegawai kaunter tidak menerima tandatangan wakil dan memaklumkan bahawa hanya Lembaga Pengarah menandatangani pada Borang JPJK3.
i. Resolusi asal atau resolusi awal boleh dilampirkan bersama dengan resolusi baru untuk tujuan penurunan kuasa sebagai wakil.
ii. Syarikat boleh menurunkan kuasa kepada Setiausaha atau kakitangan syarikat sebagai wakil dengan mengeluarkan Surat Kuasa.
iii. Wakil syarikat yang dilantik perlu menandatangi Borang JPJK3.
Sumber: Soalan Lazim Kenderaan, laman JPJKaunter JPJ mengesyaki ada peniruan tandatangan kerana terdapat sedikit perbezaan dan menolak permohonan tersebut.
i. Sekiranya dokumen menunjukkan berlaku penurunan kuasa yang sah kepada wakil yang dilantik dan verifikasi telah dibuat, maka permohonan urusniaga THM boleh dilaksanakan.
ii. Tandatangan boleh diterima sekiranya terdapat perbezaan yang tidak terlalu ketara dengan syarat urusniaga THM dilaksanakan secara teratur.
Sumber: Soalan Lazim Kenderaan, laman JPJAdakah Transaksi Tukar Hak Milik boleh dibuat secara atas talian melalui Portal Awam?
i. Ya, transaksi Tukar Hak Milik boleh dibuat secara atas talian hanya apabila transaksi tersebut adalah kenderaan persendirian individu dan/atau kenderaan persendirian syarikat iaitu kenderaan motor yang tiada permit.
ii. Namun, warga asing tidak dibenarkan membuat transaksi secara atas talian( perlu hadir ke kaunter JPJ).
Sumber: Soalan Lazim Kenderaan, laman JPJUntuk transaksi secara atas talian, adakah dibenarkan untuk melantik dua wakil?
i. Syarikat boleh melantik dua(2) orang wakil untuk melaksanakan transaksi secara atas talian.
ii. Wakil pertama sebagai pentadbir/operator manakala wakil kedua sebagai pelulus bagi transaksi yang sama- dan menggunakan ID syarikat yang sama.
iii. Pengesahan wakil perlu dibuat di kaunter untuk transaksi kali pertama sahaja.
Sumber: Soalan Lazim Kenderaan, laman JPJAdakah transaksi Tukar Hak Milik membenarkan penggunaan ID dari Bahagian ke Bahagian lain dalam Syarikat Peodua menggunakan ID yang sama? (Contoh: Pegawai Bahagian Penjualan dan Pegawai Bahagian Pengurusan)
i. Penggunaan ID yang sama dalam transaksi THM melibatkan pemunya berdaftar dan pemunya baru(walaupun THM antara staf inter-bahagian dalam syarikat yang sama) adalah tidak dibenarkan.
Sumber: Soalan Lazim Kenderaan, laman JPJSelain Corporate Information, adakah Borang 9 dan sebagainya diperlukan? Kerana caj keseluruhan cetakan dokumen-dokumen lain adalah dianggarkan sebanyak RM100.00 dan ke atas.
i. Hanya dokumen Corporate Information sahaja diperlukan dan memadai untuk urusniaga THM.
Sumber: Soalan Lazim Kenderaan, laman JPJKEJARA 19
Apakah yang dimaksudkan dengan Sistem KEJARA?
Sistem Kejara adalah singkatan kepada Sistem Keselamatan Jalan Raya, Iaitu suatu prosedur pemberian mata demerit kepada pemandu kenderaan motor yang melakukan kesalahan terjadual di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah di bawahnya.
Sumber: Soalan Lazim KEJARA, laman JPJApakah yang dimaksudkan dengan kesalahan terjadual?
Merupakan senarai kesalahan yang telah ditetapkan di dalam Kaedah 5, Jadual 4 Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan (Mata Demerit) 2017.
Sumber: Soalan Lazim KEJARA, laman JPJBerapakah jumlah kesalahan terjadual yang telah disenaraikan dalam Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan (Mata Demerit) 2017.
Sebanyak 20 kesalahan yang telah dikenalpasti boleh menyebabkan kemalangan serius atau kemalangan maut dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain dimasukkan di dalam senarai kesalahan di bawah pelaksanaan sistem mata demerit.
Sumber: Soalan Lazim KEJARA, laman JPJBilakah Sistem ini akan dikuatkuasakan.
Sistem ini telah dilaksanakan bermula pada 05 April 2017.
Sumber: Soalan Lazim KEJARA, laman JPJBilakah mata demerit diberikan kepada pemandu?
Pemandu yang melakukan kesalahan terjadual akan disaman dan apabila membayar kompaun atau mendapat hukuman daripada Mahkamah.
Sumber: Soalan Lazim KEJARA, laman JPJApakah kesan daripada pemberian mata demerit ini?
Mana-mana pemandu yang melakukan kesalahan terjadual akan diberikan mata demerit seperti berikut:
| Peringkat | Tindakan | |
|---|---|---|
| Lesen Memandu Kompeten (CDL) | Lesen Memandu Percubaan (PDL) | |
| 20 mata pertama | Lesen digantung 3-6 bulan | Batal lesen |
| 20 mata kedua | Lesen digantung 6-8 bulan | - |
| 20 mata ketiga | Lesen digantung 8-10 bulan | - |
| 20 mata keempat | Lesen digantung 10-12 bulan | - |
Adakah lesen memandu boleh dibatalkan?
Ya, Lesen Memandu Kompeten (CDL) boleh dibatalkan oleh Ketua Pengarah JPJ apabila pemandu tersebut telah menjalani tiga kali penggantungan lesen memandu dalam tempoh lima tahun, manakala bagi Lesen Memandu Percubaan (PDL) boleh dibatalkan apabila mata demerit mencapai 20 mata atau lebih.
Sumber: Soalan Lazim KEJARA, laman JPJApakah kesan daripada penggantungan/pembatalan lesen memandu ini.
-
- Tidak boleh memandu dalam tempoh penggantungan/pembatalan
- Tidak boleh memohon apa-apa kelas lesen memandu dalam tempoh penggantungan/pembatalan
- Lesen memandu dan urusan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atas nama pemandu akan disekat sepanjang tempoh penggantungan/pembatalan.
Apakah menjadi satu kesalahan mana-mana orang yang memandu ketika lesen memandunya digantung atau dibatalkan?
Menjadi satu kesalahan jika mana-mana pemandu yang memandu suatu kenderaan motor ketika lesen memandunya digantung atau dibatalkan. Kesalahan ini akan dikenakan hukuman denda tidak kurang daripada tiga ribu ringgit dan tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun.
Sumber: Soalan Lazim KEJARA, laman JPJSemasa lesen digantung saya telah melakukan kesalahan terjadual. Adakah saya masih lagi diberikan mata demerit?
YA. Mata demerit tetap akan diberi walaupun ketika lesen memandu saya sedang digantung.
Sumber: Soalan Lazim KEJARA, laman JPJApakah kesan daripada pembatalan lesen memandu ini?
Apabila suatu lesen memandu telah dibatalkan oleh Ketua Pengarah JPJ di bawah Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan (Mata Demerit) 2017, seseorang itu boleh memohon semula lesen memandu (proses seperti pemohon baharu lesen memandu) selepas dua belas bulan daripada tarikh pembatalan lesen memandu itu.
Sumber: Soalan Lazim KEJARA, laman JPJAdakah penggantungan/pembatalan lesen memandu kompeten akan memberi kesan kepada lesen Memandu Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) atau Lesen Memandu Kenderaan Barangan (GDL)?
YA. Penggantungan/pembatalan lesen memandu kompeten akan menyebabkan lesen vokasional (GDL dan PSV) sesorang itu turut digantung atau dibatalkan.
Sumber: Soalan Lazim KEJARA, laman JPJBilakah penggantungan atau pembatalan lesen memandu itu bermula?
Penggantungan atau pembatalan lesen memandu akan bermula apabila pemegang lesen memandu itu menyerahkan fizikal lesen memandunya di mana-mana pejabat JPJ yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah dalam tempoh Dua Puluh Satu (21) hari daripada tarikh penyampaian notis itu dibuat atau selepas 21 hari daripada tarikh penyampaian notis itu.
Sumber: Soalan Lazim KEJARA, laman JPJApakah yang akan berlaku sekiranya lesen memandu tesebut tidak diserahkan?
Tindakan penggantungan/pembatalan tetap juga akan dilakukan sebaik sahaja tempoh Dua Puluh Satu hari (21) itu tamat.
Sumber: Soalan Lazim KEJARA, laman JPJLesen memandu saya telah digantung sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 2017 dan 2018 dan seterusnya pada tahun 2023. Adakah lesen saya akan dibatalkan?
TIDAK. Lesen memandu saya tidak akan dibatalkan kerana tiga (3) kali penggantungan lesen memandu saya berlaku melebihi lima tahun.
Sumber: Soalan Lazim KEJARA, laman JPJBolehkah pemandu yang telah mengumpul sejumlah mata demerit membuat rayuan untuk memdapatkan pengurangan mata?
TIDAK. Pengurangan mata demerit sebanyak 50 peratus hanya boleh diberikan dalam keadaan berikut:
-
- mana-mana pemandu yang tidak melakukan kesalahan terjadual dalam tempoh dua belas bulan daripada kesalahan terakhir; atau
- JPJ telah menawarkan kursus pemulihan kepada pemegang lesen memandu yang telah mengumpul sejumlah mata demerit.
Berapa kalikah insentif pengurangan mata ini boleh diberikan kepada pemegang lesen memandu?
Insentif ini hanya diberikan sekali sebelum tempoh penggantungan atau sebelum pembatalan lesen memandu.
Sumber: Soalan Lazim KEJARA, laman JPJBagaimanakah cara JPJ memaklumkan mengenai penggantungan/pembatalan lesen memandu?
JPJ akan mengeluarkan notis amaran, penggantungan atau pembatalan lesen memandu kepada pemegang lesen memandu secara pos berdaftar kepada alamat pemegang lesen memandu.
Sumber: Soalan Lazim KEJARA, laman JPJBagaimanakah caranya orang awam menyemak jumlah mata demerit?
Semakan mata demerit boleh dibuat di aplikasi myJPJ dan portal awam JPJ. Sebarang pertanyaan berhubung dengan sistem pemberian mata demerit boleh diemelkan kepada kejara @jpj.gov.my.
Sumber: Soalan Lazim KEJARA, laman JPJAwAS 12
Automated Enforcement Systems (AES) Apakah AES?
- Automated Enforcement Systems (AES) adalah merupakan sistem penguatkuasaan yang boleh mengesan dan merakam secara automatik kesalahan lalulintas yang dilakukan oleh pemandu kenderaan di jalan raya.
- AES menggunakan kaedah dimana satu alat pengesan dipasang di atas jalan dan perakam imej kesalahan menggunakan kamera (gambar dan video).
- Ia merupakan kesinambungan beberapa inisiatif di dalam Pelan Keselamatan Jalan Raya Tahun 2006-2010.
- Usaha berterusan agensi keselamatan jalanraya (JPJ, PDRM, JKJR, MIROS, JKR) memberi tumpuan kepada 4E (Engineering, Enforcement, Education and Environment).
- AES bertujuan :
- Mengadaptasi sistem penguatkuasaan yang mapan (sustainable) sebagaimana yang diamalkan di negara-negara lain.
- Pendekatan kepada system based approach yang mampu mengubah sikap pemanduan rakyat Malaysia.
- AES juga mampu mengubah sikap pemanduan tanpa mengira kadar pertambahan kenderaan, pemandu atau kekangan penguatkuasaan.
- Mendidik disamping mengurangkan kadar kematian disebabkan oleh memandu laju.
- Keberkesanan penguatkuasaan akan meningkat kerana pengeluaran saman adalah secara telus, tepat dan cepat.
Automated Awareness Safety System (AwAS) Apakah AwAS ?
- AwAS adalah penjenamaan semula bagi AES yang dilaksanakan pada 2017.
- Masih menggunakan konsep yang sama iaitu satu sistem pengesanan dan merakam secara automatik kesalahan lalu lintas menggunakan alat pengesan radar untuk merakam kesalahan dan menguatkuasakan Sistem Mata Demerit bagi kesalahan AwAS .
- Sistem yang berupaya mengesan dan merakam secara automatik sebaik sahaja mana-mana kesalahan lalu lintas dilakukan seperti :
- Tidak mematuhi Lampu Isyarat Merah
- Memandu Melebihi Hadlaju
- Memotong Sebelah Kiri
- Memotong di Garisan Berkembar
- Memandu di Lorong Kecemasan
- Larangan Kenderaan Berat di Musim Perayaan
- Tail gating
- Kenderaan Melebihi Muatan
- Congestion Pricing
- Multi-lanes Free Flow
- Mengesan Kenderaan Asing
- Maklumat kesalahan ini kemudiannya dihantar secara online ke Pusat Kawalan (Control Center) untuk diproses bagi mengenal pasti pemandu/pemilik kenderaan berdasarkan kepada maklumat pemilik kenderaan/ pemandu yang terdapat dalam pangkalan data
- Sistem akan mengeluarkan saman secara automatik untuk dihantar melalui pos kepada Orang Kena Saman (OKS)
Kenapa Perlu AwAS?
- Penguatkuasaan kesalahan lalulintas secara elektronik adalah salah satu daripada kaedah penguatkuasaan pada masa kini.
- AwAS adalah pemboleh (enabler) yang merangkumi (embody) semua usaha ke arah mencapai sasaran Pelan Keselamatan Jalanraya 2006-2010 dalam mengurangkan kematian akibat kemalangan disamping meningkatkan pematuhan terhadap had laju dan lampu isyarat.
- Adaptasi sistem penguatkuasaan yang mapan (sustainable) dalam terus kekal mengubah sikap pemanduan tanpa mengira kadar pertambahan kenderaan, pemandu atau kekangan penguatkuasaan.
- AwAS mampu mengubah sikap, tingkah laku (behaviour) dan budaya pemanduan melalui penguatkuasaan:
- 24 jam
- Tidak bermusim
- Tiada campur tangan manusia
- Meningkatkan tahap PERCEPTION OF BEING CAUGHT (POBC) di kalangan pengguna jalanraya. (Pada hari biasa 25%, meningkat ke 50% di musim perayaan semasa Ops Musim Perayaan berbanding di negara maju – 80% hingga 90%).
- Penyelesaian kepada kos rawatan dan pemulihan kawasan sering break kemalangan yang jumlahnya lebih 800 (blackspot) di seluruh Negara yang amat tinggi dan memakan masa yang lama.
Bagaimana AwAS berfungsi?
- Penguatkuasaan kesalahan lalulintas secara elektronik adalah salah satu daripada kaedah penguatkuasaan.
- AwAS adalah pemboleh (enabler) yang merangkumi (embody) semua usaha ke arah mencapai sasaran Pelan Keselamatan Jalanraya 2006-2010 dalam mengurangkan kematian akibat kemalangan.
- Adaptasi sistem penguatkuasaan yang mapan (sustainable) dalam terus kekal mengubah sikap pemanduan tanpa mengira kadar pertambahan kenderaan, pemandu atau kekangan penguatkuasaan.
- AwAS mampu mengubah sikap, tingkah laku (behaviour) dan budaya pemanduan melalui penguatkuasaan:
- Tidak mematuhi isyarat lampu merah
- Memandu melebihi had laju
- Maklumat kesalahan ini kemudiannya dihantar secara real time online ke Pusat Kawalan AwAS (PKA). Maklumat diproses bagi mengenal pasti pemandu/pemilik kenderaan berdasarkan kepada maklumat pemilik/pemandu yang terdapat dalam pangkalan data JPJ.
- Saman akan dikeluarkan secara automatik dan dihantar melalui pos kepada Orang Kena Saman (OKS).
- Pada masa hadapan, Sistem ini juga akan secara automatik berintegrasi dengan sistem mahkamah untuk tujuan perbicaraan jika OKS memilih untuk gagal membayar kompaun atau dibicarakan.
Apakah kelebihan penguatkuasaan kesalahan lalulintas melalui AwAS berbanding kaedah sedia ada?
- Meningkatkan keberkesanan tindakan penguatkuasaan melalui pengesanan (detection) dan pengeluaran saman secara telus, tepat dan berterusan.
- Tidak perlu anggota penguatkuasa merakam kesalahan secara manual di tepi jalan setiap masa.
- Sistem penguatkuasaan yang selamat, kerahsiaan, integriti dan kesediaan (24 jam). Mampu beroperasi 24X 7 X 365 siang dan malam dalam semua keadaan cuaca.
- Tanpa campur tangan manusia. Ini akan meningkatkan integriti penguatkuasaan (tidak bermusim, tiada interaktif dengan pesalah dan unsur rasuah di tepi jalan).
- Mampu mengesan kesalahan yang dilakukan oleh kenderaan persendirian, komersial dan kenderaan pengangkutan awam.
- Tentusah ukur (Calibration) bagi setiap peralatan pengesanan dan perakam imej kesalahan dibuat mengikut Akta Pengukuran Kebangsaan 2007 agar kesalahan menjadi kes prima facie.
- Penghantaran data/gambar sukar diceroboh (encryption) kerana dihantar secara automatik setelah kesalahan dikesan.
- Kaedah sistem penguatkuasaan ini tidak menggangu serta menyebabkan kesesakan lalulintas.
- AwAS secara langsung menjadi pencetus bagi tujuan mengajar/membentuk pemandu agar sentiasa mematuhi peraturan lalulintas jalan.
- Struktur sistem direkabentuk agar tindakan undang-undang tidak boleh disangkal atau dipertikai di mahkamah oleh pesalah. Memudahkan proses pendakwaan melalui penyediaan bahan bukti yang boleh diterima mahkamah (Control Centre di link ke semua Mahkamah Trafik melalui IT).
- Tidak akan menyebabkan kesesakan lalulintas.
- AwAS boleh digunakan untuk menguatkuasakan kesalahan-kesalahan lain di masa akan datang seperti:-
- Memotong di garisan berkembar;
- Memotong di sebelah kiri jalan;
- Lebih Muatan;
- Potong barisan;
- Sekatan ke atas kenderaan berat yang memasuki kawasan bandar;
- Penguatkuasaan laluan bas.
Apakah AwAS berkesan dalam mengurangkan kadar kemalangan jalanraya?
- Sistem penguatkuasaan elektronik telah dilaksanakan di 90 negara lain di seluruh dunia.
- Di Asia Tenggara, Thailand dan Vietnam telah mlaksanakan system digital traffic enforcement system.
- Contoh keberkesanan AwAS / AwAS di Negara-negara lain:
- PERANCIS - Di Perancis kadar kematian turun 27% dalam tempoh 3 tahun sejak penggunaan sistem penguatkuasaan automatik.
- JERMAN - Di lokasi yang dipasang, penurunan kelajuan telah menjadi budaya di kawasan dipasang sistem AwAS / AwAS (penurunan kelajuan kenderaan dan pematuhan sebanyak 80% di mana kamera pengesan kelajuan dipasang).
- KUWAIT - Kemalangan menurun 48%.
- UNITED KINGDOM - Kadar pelanggaran peraturan trafik menurun pada kadar 6% daripada jumlah kenderaan berdaftar.
Jikalau AwAS begitu efektif, tidakkah sistem ini tidak lagi diperlukan pada masa hadapan?
- Kalau AwAS begitu efektif, jumlah saman akan menurun namun begitu masih perlu diambilkira:
- 9% pengguna jalanraya adalah yang tegar melakukan kesalahan (habitual offender).
- Volume kenderaan bertambah pada kadar 10% setiap tahun.
- Jumlah pemegang lesen bertambah.
- Kilometer jalanraya bertambah.
- Lokasi blackspot juga akan berubah jika kerja-kerja pembaikan dibuat di kawasan tersebut.
- Isu yang penting adalah bukan jumlah saman dikeluarkan tapi perlu penyelesaian terhadap saman yang tidak diselesaikan.
Agensi manakah yang akan bertanggungjawab terhadap pelaksanaan AwAS?
- Kementerian Pengangkutan Malaysia merupakan tuan punya (owner) kepada AwAS.
- Agensi-agensi di bawah Kementerian Pengangkutan adalah terlibat secara langsung dalam pelaksanaan AwAS:
- JPJ dipertanggungjawabkan sepenuhnya melaksanakan AwAS secara langsung pada 01 September 2018.
- MIROS bertanggungjawab dalam penentuan lokasi pemasangan kamera daripada blackspot (kawasan sering berlaku kemalangan) dan kajian keberkesanan AwAS.
- BKJR bertanggungjawab dalam advokasi dan kempen kesedaran jalanraya mengenai AwAS.
Apakah asas penentuan lokasi pemasangan kamera?
- Penentuan lokasi pemasangan kamera bagi sistem AwAS dilaksanakan oleh MIROS dengan bantuan JPJ, PDRM, JKR, LLM dan PBT.
- Maklumat asas yang digunakan adalah berdasarkan dari laporan kemalangan PDRM (Pol.27).
- Data daripada maklumat laporan ini dianalisa oleh pihak MIROS bagi mengenalpasti koordinat kawasan lokasi-lokasi kemalangan.
- Seterusnya lokasi-lokasi tersebut diberi markah (ranking) mengikut kes-kes kemalangan.
- Kes kemalangan diberikan markah mengikut susunan tinggi ke rendah – kes kemalangan, cedera parah, cedera ringan dan kemalangan kecil.
- Lokasi yang mengumpul markah tertinggi diberi keutamaan untuk pemasangan kamera AwAS.
- Lokasi yang dipilih akan diwartakan oleh YB Menteri Pengangkutan seperti mana diperuntukkan dalam Kaedah 3(1)(c) Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan (Kesalahan yang dirakam melalui kamera) 2012.
Adakah rakyat akan marah dengan tindakan kerajaan melaksanakan AwAS?
- Risiko kepada pelaksanaan sistem AwAS adalah ‘public outcry' kerana sistem secara drastik akan mengubah sikap pemanduan dalam masa yang singkat. Namun begitu rakyat mempunyai pilihan untuk tidak melanggar undang-undang.
- AwAS akan dilaksanakan secara berperingkat. Tempoh ini adalah cukup bagi kerajaan melaksanakan program kesedaran dan advokasi.
- Program advokasi adalah di bawah tanggungjawab Bahagian Keselamaatn Jalan Raya (BKJR) bagi memastikan pemahaman dan penerimaan rakyat terhadap pematuhan undang-undang jalanraya, tanggungjawab menyelesaikan kes kesalahan trafik dan kesedaran keselamatan jalanraya.
- Lokasi pemasangan kamera tetap AwAS bukan rahsia tetapi diwar-warkan sebagai peringatan kepada pengguna jalanraya. Papan tanda amaran akan dipasang sebelum pengguna jalanraya melalui kawasan yang dipasang kamera AwAS.
Apakah peruntukan undang-undang yang digunakan dalam pelaksanaan AwAS?
- Kesalahan yang dirakam oleh kamera AwAS dibawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 seperti berikut :-
- Seksyen 79(2) APJ 1987 Gagal Mematuhi Isyarat Lalulintas - melebihi had laju
- Seksyen 79(2) APJ 1987 Gagal Mematuhi Isyarat Lalulintas - isyarat merah
- Seksyen 40(1) APJ 1987 Melebihi had laju
Berapakah kadar kompaun bagi kesalahan AwAS?
- Kadar kompaun yang dikenakan bagi kesalahan AwAS adalah berperingkat, iaitu RM150 (1-15 hari) RM200 (16-30 hari) dan RM 300 (31-60 hari)
- Kadar apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada tiga ratus ringgit (RM300) dan tidak lebih daripada dua ribu ringgit (RM2000).
RC dan VEP 34
Adakah kenderaan asing perlu mendaftar sebelum memasuki Malaysia?
Semua kenderaan asing sama ada kenderaan persendirian, komersial, perkhidmatan awam, motosikal atau kenderaan milik kerajaan hendaklah mendaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum memasuki Malaysia. Pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi JPJ https://vep.jpj.gov.my
Sumber: Soalan Lazim RC dan VEP, laman JPJBolehkah saya memasuki Malaysia sekiranya saya belum memperolehi tag RFID VEP saya?
Boleh. Walaubagaimanapun pemilik kenderaan perlu membuat pendaftaran dan mendapatkan tag RFID VEP sebelum 1 Oktober 2024.
Sumber: Soalan Lazim RC dan VEP, laman JPJBagaimanakah cara untuk mendaftar Vehicle Entry Permit?
Pemilik atau pemandu kenderaan asing sebelum memasuki Malayisa perlu membuat pendaftaran melalui laman web rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) di https://vep.jpj.gov.my. (Sila pastikan maklumat yang diisytiharkan lengkap dan teratur bagi mendapatkan slip pengesahan pendaftaran yang akan diemelkan).
Sumber: Soalan Lazim RC dan VEP, laman JPJAdakah pendaftaran dan kutipan tag RFID VEP boleh dibuat di kaunter JPJ?
Tidak. Buat masa ini pendaftaraan hanya boleh dibuat melalui laman web rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) di https://vep.jpj.gov.my. Pemilik kenderaan boleh mendapatkan Tag RFID VEP sama ada hadir ke VEP Tag Collection Centre (VCC) di Danga Bay atau penghantaran melalui Pos ke alamat pemilik.
Sumber: Soalan Lazim RC dan VEP, laman JPJBagaimanakah saya boleh menyemak sama ada tag RFID VEP telah tamat tempoh?
Pemilik kenderaan boleh menyemak tarikh luput Tag RFID VEP melalui portal dalam talian. Notifikasi pembaharuan Tag RFID VEP akan dihantar kepada pemilik kenderaan 60 hari, 30 hari dan 10 hari sebelum tarikh tamat tempoh VEP.
Sumber: Soalan Lazim RC dan VEP, laman JPJAdakah saya perlu mengemas kini butiran pendaftaran kenderaan?
Ya. Pemilik kenderaan dikehendaki mengemas kini butiran dan maklumat melalui laman web rasmi JPJ di https://vep.jpj.gov.my
Sumber: Soalan Lazim RC dan VEP, laman JPJApakah yang akan berlaku jika saya tidak mendaftar untuk VEP?
Pendaftaran VEP melalui laman web di https://vep.jpj.gov.my adalah wajib bagi semua kenderaan asing yang ingin memasuki Malaysia. Mana-mana kenderaan asing yang memasuki Malaysia tanpa permit VEP yang sah adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 66H(7) APJ 1987. Jika disabit kesalahan boleh dedenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjara tidak melebihi enam (6) bulan.
Sumber: Soalan Lazim RC dan VEP, laman JPJApakah yang perlu saya lakukan jika saya terlupa alamat e-mel saya atau tidak lagi menggunakan alamat e-mel terdahulu?
Sila emelken kepada aduanvep@jpj.gov.my atau hubungi pusat khidmat panggilan kami di +603-79412888 untuk bantuan selanjutnya.
Sumber: Soalan Lazim RC dan VEP, laman JPJApakah yang perlu saya lakukan jika saya terlupa kata laluan akaun VEP?
Pemilik akaun boleh membuat tetapan semula secara dalam talian dengan menekan butang lupa kata laluan di Portal VEP.
Sumber: Soalan Lazim RC dan VEP, laman JPJBagaimanakah saya dapat memperbaharui tag VEP RFID?
Pembaharuan VEP boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari laman web rasmi JPJ di https://vep.jpj.gov.my. Pemilik kenderaan perlu mengemaskini butiran yang berkaitan sebelum membuat serahan bagi tujuan pendaftaran VEP.
Sumber: Soalan Lazim RC dan VEP, laman JPJApakah yang perlu saya lakukan sekiranya pemilik terdahulu telah mendaftar VEP dan kenderaan tersebut telah ditukar milik kepada pemilik baharu?
Sila emelkan kepada aduanvep@jpj.gov.my bersama dokuman sokongan di bawah untuk permohonan penyahaktifan tag bagi bantuan dan nasihat selanjutnya.
- Kad NRIC seperti yang telah didaftarkan di dalam portal VEP
- Dokuman pendaftaran yang dikeluarkan oleh LTA
- Notifikasi pertukaran hak milik kenderaan yang dikeluarkan oleh LTA.
*Dokuman sokongan perlu disediakan dalam 3 dokumen berasingan dalam format PDF.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi pusat khidmat panggilan di talian +603-79412888 untuk bantuan selanjutnya.
Sumber: Soalan Lazim RC dan VEP, laman JPJAdakah saya perlu membuat pembatalan pendaftaran VEP bagi tag VEP RFID yang telah tamat tempoh?
VEP yang telah tamat tempoh, iaitu mencapai lima tahun dari tarikh pendaftaran, akan dibatalkan secara automatik. Pemilik kenderaan boleh terus membuat permohonan pendaftaran VEP secara dalam talian dengan melayari laman web rasmi JPJ di https://vep.jpj.gov.my.
Sumber: Soalan Lazim RC dan VEP, laman JPJBolehkah saya masuk ke Malaysia jika cukai jalan atau insurans atau sijil kelayakan (COE) telah tamat tempoh?
Tidak. Hanya kenderaan dengan cukai jalan dan insurans yang sah dibenarkan masuk ke Malaysia.
Sumber: Soalan Lazim RC dan VEP, laman JPJBerapa lama kenderaan saya boleh berada di Malaysia?
Kenderaan asing boleh berada di Malaysia selama tidak melebihi 90 hari.
Sumber: Soalan Lazim RC dan VEP, laman JPJBerapakah nilai kutipan Caj Jalan yang akan dikenakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kepada kenderaan persendirian pendaftaran asing?
Semua kenderaan pendaftaran asing (kenderaan persendirian/kenderaan syarikat persendirian) yang memasuki Malaysia perlu membayar Caj Jalan sebanyak RM20.
Sumber: Soalan Lazim RC dan VEP, laman JPJJenis Kenderaan bagaimanakah yang akan terlibat dengan kutipan Caj Jalan?
Hanya kenderaan pendaftaran asing (kenderaan persendirian/kenderaan syarikat persendirian) sahaja yang akan dikenakan Caj Jalan buat masa ini.
Sumber: Soalan Lazim RC dan VEP, laman JPJApakah jenis kenderaan yang dikecualikan dari dikenakan Caj Jalan?
Kenderaan-kenderaan pendaftaran asing yang dikecualikan daripada Caj Jalan ialah:
- Milikmana-manaKerajaanbagiurusanrasmidankenderaandiplomat.
- kenderaanbarangan,kenderaanperkhidmatanawamdanmotosikal.
Apakah kaedah pembayaran Caj Jalan?
Pembayaran Caj Jalan dibuat melalui penggunaan sistem kad Touch ‘n Go atau menggunakan aplikasi e-Wallet Touch ‘n Go. Pengguna perlu memuat turun aplikasi tersebut semasa mendapatkan tag RFID VEP.
Sumber: Soalan Lazim RC dan VEP, laman JPJAdakah Caj Jalan dikenakan berdasarkan jumlah hari sesebuah kenderaan berada di Malaysia atau jarak perjalanan?
Caj Jalan hanya dikenakan setiap kali kemasukan ke Malaysia.
Sumber: Soalan Lazim RC dan VEP, laman JPJAdakah Caj Jalan akan dikecualikan pada hari-hari tertentu?
Pelaksanaan Caj Jalan dikenakan setiap kali kemasukan ke Malaysia melainkan telah dinyatakan atau diisytiharkan sebaliknya oleh kerajaan Malaysia.
Sumber: Soalan Lazim RC dan VEP, laman JPJAdakah kenderaan pendaftaran asing lain selain dari Singapura akan dikenakan Caj Jalan?
Semua kenderaan pendaftaran asing (kenderaan persendirian/kenderaan syarikat persendirian) yang memasuki Malaysia perlu membayar Caj Jalan sebanyak RM20.
Sumber: Soalan Lazim RC dan VEP, laman JPJDimanakah tambah nilai kad boleh dilakukan?
Pemandu kenderaan asing boleh menambah nilai Kad Touch ‘n Go di lokasi Touch ‘n Go yang tersedia di Malaysia seperti hentian R&R, stesen minyak, kedai serbaguna dan juga di tol-tol yang menyediakan perkhidmatan tersebut. Sila rujuk laman web http://www.touchngo.com.my untuk maklumat lanjut.
Sumber: Soalan Lazim RC dan VEP, laman JPJBolehkah tambah nilai dilakukan menggunakan mata wang asing sekiranya tidak mempunyai matawang Malaysia?
Tidak. Perkhidmatan tambah nilai melalui kaunter Touch ‘n Go hanya akan menerima mata wang Ringgit Malaysia sahaja.
Sumber: Soalan Lazim RC dan VEP, laman JPJBolehkah bayaran Caj Jalan dibuat secara tunai?
Tidak. Pembayaran Caj Jalan hanya boleh dilakukan melalui kad Touch ‘n Go atau dengan menggunakan aplikasi e-wallet Touch ‘n Go. Pengguna perlu memuat turun aplikasi tersebut semasa mendapatkan tag RFID VEP.
Sumber: Soalan Lazim RC dan VEP, laman JPJApakah tindakan yang akan dikenakan sekiranya tidak membuat bayaran Caj Jalan?
Pembayaran Caj Jalan adalah mandatori di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987. Kegagalan membayar Caj Jalan semasa memasuki Malaysia adalah satu kesalahan dan pemandu kenderaan boleh dikenakan penalti di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber: Soalan Lazim RC dan VEP, laman JPJAdakah pelaksanaan kutipan Caj Jalan ini adalah sebahagian dari kutipan tol?
Tidak. Caj Jalan bukan sebahagian daripada bayaran tol. Ia dikawal dibawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber: Soalan Lazim RC dan VEP, laman JPJBagaimanakah saya boleh mendapatkan tag RFID VEP?
Selepas pendaftaran di buat di laman web https://vep.jpj.gov.my, Pemilik kenderaan boleh mendapatkan Tag RFID VEP sama ada hadir ke VEP Tag Collection Centre (VCC) di Danga Bay atau penghantaran melalui Pos ke alamat pemilik.
Sumber: Soalan Lazim RC dan VEP, laman JPJBerapakah jumlah yang perlu dibayar untuk mendapatkan tag RFID VEP?
Fi Pemprosesan tag: RM10
Fi Servis Ejen Pemungut: RM29.50
Fi Servis penghantaran: Tertakluk kepada cas semasa yang dikenakan oleh penyedia perkhidmatan
Bagaimana Pemilik kenderaan hendak mengaktifkan Tag RFID VEP ?
Log masuk ke portal https://vepams.jpj.gov.my. Pilih Kenderaan berdasarkan senarai. Masukan Nombor siri tag bagi tujuan pengesahan Tag perlu dipasang mengikut kaedah yang ditetapkan sepertimana video panduan Muat naik dan hantar gambar pemasangan tag Anda akan dimaklumkan sebaik sahaja tag anda diaktifkan melalui emel.
Sumber: Soalan Lazim RC dan VEP, laman JPJApakah tempoh sah tag RFID VEP?
Pemilik kenderaan perlu memperbaharui tag RFID setiap lima (5) tahun bermula dari hari tag RFID VEP diaktifkan.
Sumber: Soalan Lazim RC dan VEP, laman JPJBolehkah saya memindahkan tag RFID VEP kenderaan saya sebelum ini kepada kenderaan baharu saya?
Tidak. Tag VEP RFID adalah unik untuk setiap kenderaan dan ia tidak boleh dipindahkan kepada kenderaan lain.
Sumber: Soalan Lazim RC dan VEP, laman JPJApa yang perlu dilakukan jika tag RFID VEP dicuri/hilang/ rosak akibat kemalangan?
Sekiranya Tag RFID VEP dicuri/hilang/rosak akibat kemalangan, anda dikehendaki mengemaskini status kenderaan anda di portal dalam talian. Anda juga dikehendaki untuk mengemukakan laporan polis kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) apabila hendak mendapatkan Tag RFID VEP baharu. Bayaran pemprosesan akan dikenakan.
Sumber: Soalan Lazim RC dan VEP, laman JPJApa yang perlu dilakukan jika tag RFID VEP rosak?
Anda akan mengetahui tag RFID VEP rosak apabila ia tidak dapat dikesan oleh pembaca RFID di kompleks CIQ dan ia disahkan oleh pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Walau bagaimanapun, polisi penggantian tidak terpakai pada tag RFID VEP yang telah ditanggalkan atau diusik. Oleh itu, anda akan dikenakan bayaran bagi pengeluaran tag RFID VEP yang baharu.
Sumber: Soalan Lazim RC dan VEP, laman JPJBolehkah saya menggunakan Touch 'n Go RFID tag dan bukannya VEP RFID Tag?
Tidak boleh. Semua kenderaan berpendaftaran asing perlu mendapatkan VEP RFID tag daripada JPJ.
Sumber: Soalan Lazim RC dan VEP, laman JPJTeknikal 12
Adakah basikal elektrik dibenarkan untuk digunakan di atas jalan raya?
Penggunaan basikal elektrik di atas jalan raya adalah tidak dibenarkan dan hanya boleh digunakan di kawasan persendirian sahaja. Ini disebabkan perbezaan kelajuan maksima basikal elektrik dengan kenderaan yang lain boleh mendatangkan pelbagai implikasi di atas jalan raya.
Sumber: Soalan Lazim Teknikal, laman JPJAdakah basikal elektrik perlu berdaftar dengan JPJ?
Basikal elektrik TIDAK perlu berdaftar dengan pihak JPJ untuk digunakan.
Sumber: Soalan Lazim Teknikal, laman JPJAdakah pemasangan NGV kepada kenderaan persendirian perlu mendapatkan kelulusan JPJ?
Pemasangan NGV kepada kenderaan persendirian tidak perlu memohon kelulusan daripada pihak JPJ dan boleh terus ke PUSPAKOM untuk menjalani pemeriksaan.
Sumber: Soalan Lazim Teknikal, laman JPJAdakah pemasangan sunroof perlu mendapat kelulusan daripada pihak JPJ?
Pemasangan sunroof TIDAK perlu mendapat kelulusan JPJ bagi memastikan kaedah yang digunakan semasa melakukan kerja-kerja pemasangan adalah bukan kaedah potong sambung.
Sumber: Soalan Lazim Teknikal, laman JPJAdakah penukaran enjin Daihatsu Charade Espri 1.0 kepada enjin Daihatsu Charade De Tomaso 1.6 dibenarkan oleh JPJ?
Penukaran enjin Daihatsu Charade Espri 1.0 kepada enjin Daihatsu Charade De Tomaso 1.6 dibenarkan jika tiada pengubahsuaian dilakukan pada base engine mounting kenderaan tersebut.
Sumber: Soalan Lazim Teknikal, laman JPJApakah syarat untuk penukaran kabin kenderaan perdagangan?
Bagi penukaran kabin, hanya buatan yang sama sahaja dibenarkan dan mestilah tidak melibatkan kerja-kerja kimpalan.
Sumber: Soalan Lazim Teknikal, laman JPJApakah syarat-syarat untuk membuat penukaran enjin sesebuah kenderaan?
Penukaran hendaklah mengikut peraturan-peraturan yang diisytiharkan di dalam Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan & Penggunaan)1959 L.N. 170/1959.
- Keadaan struktur keseluruhan kenderaan hendaklah baik terutamanya pada bahagian rangka casis (chassis frame).
- Tiada pengubahan struktur dilakukan pada '˜front cross member', 'steering linkage' dan 'steering box'.
- Tiada pengubahsuaian pada 'base engine mounting' dan tiada kimpalan pada struktur tambahan 'engine mounting'.
- Pelepasan asap kenderaan tersebut mestilah tidak melebihi 50% 'opacity'. (Bagi enjin diesel sahaja).
- Lulus pengujian tahap kecekapan sistem brek di lorong pemeriksaan.
Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya penukaran enjin saya telah gagal pemeriksaan PUSPAKOM atas sebab terdapat gangguan pada 'engine mounting'
Sila bawa laporan gagal pemeriksaan PUSPAKOM tersebut ke JPJ Negeri yang berhampiran untuk pengesahan. Sekiranya benar terdapat gangguan, pemilik perlu mendapatkan pengesahan daripada Jurutera Profesional yang berdaftar dengan JPJ bagi mengesahkan keselamatan kenderaan tersebut di atas jalan raya.
Sumber: Soalan Lazim Teknikal, laman JPJBerapakah had maksima penukaran enjin bagi kenderaan model PROTON?
Pihak JPJ telah mengeluarkan arahan untuk tidak memberi kelulusan penukaran enjin berkeupayaan 2000 cc untuk kereta proton selain model Perdana. Hal ini adalah kerana struktur badan , sistem brek dan suspension model PROTON seperti Saga, Iswara, Wira dan Waja dan lain-lain tidak dapat menampung daya yang besar yang dikeluarkan oleh enjin 2000cc.
Sumber: Soalan Lazim Teknikal, laman JPJBolehkah kenderaan menggunakan lampu hadapan bercahaya putih?
Bagi penggunaan lampu hadapan bercahaya putih, ianya perlu mematuhi Kaedah 96 - lampu dan cahaya yang wajib semasa waktu gelap. Bagi pemasangan lampu bercahaya putih secara retrofit (bukan pemasangan dari pengeluar/kilang) adalah tidak dibenarkan.
Sumber: Soalan Lazim Teknikal, laman JPJBolehkah saya memasang wrap film pada kereta?
Pemasangan wrap film pada kenderaan adalah dibenarkan. Tetapi perlulah dipastikan bahawa sesebuah kenderaan hendaklah tidak melebihi dari dua (2) warna. Warna yang lebih dominan hendaklah dikemaskini kedalam sistem pendaftaran kenderaan.
Sumber: Soalan Lazim Teknikal, laman JPJBagaimanakah cara untuk saya memohon status kenderaan vintaj/klasik?
Borang permohonan status kenderaan vintaj/klasik boleh dimuat turun melalui portal JPJ. Kenderaan yang ingin dimohon penukaran status, hendaklah berusia melebihi 25 tahun usia pendaftaran. Selain itu, pemohon hendaklah sekurang-kurangnya mempunyai tiga (3) buah kenderaan motorkar termasuklah kenderaan yang ingin dimohon penukaran status vintaj/klasik. Borang permohonan boleh dihantar ke mana-mana JPJ Negeri.
Sumber: Soalan Lazim Teknikal, laman JPJMyJPJ 6
Soalan Lazim berkaitan MyJPJ.
Soalan Lazim Berkaitan Fungsi Kongsi Lesen Kenderaan Motor Digital (e-LKM) Melalui Aplikasi MyJPJ
Soalan Lazim Berkaitan Fungsi Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor Digital (e-LKM) Lesen Memandu Malaysia Digital (e-LMM) Melalui Aplikasi MyJPJ
Saya tidak dapat log masuk ke aplikasi MyJPJ menggunakan MyDigital ID. Apa yang perlu saya lakukan?
1.Sekiranya anda mengalami masalah log masuk menggunakan MyDigital ID, sila pastikan anda menggunakan versi aplikasi MyJPJ yang terkini. Cara menyemak versi terkini seperti berikut :
2.Kami mencadangkan agar anda membuang (uninstall) dan memasang semula (install) aplikasi MyJPJ dengan mengikuti langkah-langkah di bawah.
a. Pemasangan semula aplikasi MyJPJ
i. Cara pemasangan semula bagi pengguna Android / Huawei :
https://www.jpj.gov.my/bagaimana-cara-memasang-semula-aplikasi-myjpj-bagi-pengguna-android/
ii. Cara pemasangan semula bagi pengguna iOS :
https://www.jpj.gov.my/bagaimana-cara-memasang-semula-aplikasi-myjpj-bagi-pengguna-iphone-ios/
b. Log masuk semula dengan memastikan perkara berikut :
i. Anda menggunakan versi aplikasi MyJPJ yang terkini.
ii. Sambungan internet (Wi-Fi atau data mudah alih) adalah stabil.
iii. Tarikh dan masa peranti ditetapkan kepada Automatic.
iv. Tiada VPN digunakan semasa proses log masuk.
v. Peranti mempunyai ruang storan yang mencukupi.
3.Jika masalah berkaitan log masuk MyDigitalID masih berlaku sila dapatkan khidmat sokongan teknikal berikut :
https://www.jpj.gov.my/bagaimana-jika-masalah-berkaitan-mydigital-id-masih-berterusan/
Sumber: Soalan Lazim MyJPJ, laman JPJSoalan Lazim berkaitan MyJPJ.
Soalan Lazim berkaitan MyJPJ.
Keselamatan jalan raya 9
Apa persediaan atau perancangan yang perlu dibuat oleh pengguna supaya selamat pulang ke kampung?
JAWAPAN
- Bersedia dari segi fizikal dan emosi – elak stress.
- Rancang awal – elak waktu puncak, semak cadangan waktu pejalanan yang dikeluarkan oleh konsesi lebuh raya, gunakan aps untuk semak jalan sesak
- Tidur secukupnya
- ‘’Break the journey” untuk elakkan keletihan
- Selenggara kenderaan
Lebuh raya sesak sepanjang musim perayaan. Apa tips penggunaan lorong yang betul di lebuh raya untuk elakkan insiden yang tidak diingini ?
JAWAPAN
- Paling kiri Lorong kecemasan – lebuh raya lazimnya aktifkan Smart lane pada musim perayaan. Semak pengumuman dan rujuk papan tanda
- Lorong kiri untuk kenderaan perlahan dan kenderaan berat
- Lorong tengah untuk kenderaan ringan yang lebih laju dan kenderaan berat memotong
- Lorong paling kanan, untuk memotong sahaja
- Elakkan lane hogging
- Jangan memandu secara laju/merbahaya
- Amalkan jarak yang selamat antara kenderaan
- Kalau berlaku kecemasan, guna segi tiga keselamatan (jarak 45m)
- Kenali tanda microsleep (3s distraction – 70km/h – 200m)
- Elakkan guna telefon bimbit
Apa langkah yang diambil oleh JPJ untuk elakkan insiden yang tidak diingini semasa musim perayaan?
JAWAPAN
- Ops sempena Aidilfitri 24 Mac – 8 April
9 Big Sins – Had laju, Lampu merah, Lorong kecemasan, Telefon bimbit, Tali pinggang/topi keledar,potong barisan, potong di garisan berkembar, kenderaan berat di Lorong laju, lebih muatan)
(CNY 2025 berjaya kurangkan kematian 43%)
- Road Ban ke atas kenderaan berat -hujung minggu (ikut kategori & berjadual ie larangan dari 8pm-8am)
- Advokasi dan kempen kesedaran bersama rakan strategik
Apakah langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil oleh pemandu di jalan raya?
JAWAPAN
Pemandu perlu memastikan mereka mematuhi had laju yang ditetapkan, memakai tali pinggang keledar, tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu, dan sentiasa memberi tumpuan penuh kepada keadaan lalu lintas. Selain itu, pastikan kenderaan sentiasa dalam keadaan baik.
Sumber: Soalan Lazim Keselamatan jalan raya, laman JPJApakah yang dimaksudkan dengan had laju?
JAWAPAN
Had laju adalah had kelajuan maksimum yang dibenarkan untuk kenderaan bergerak di jalan raya mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Ia berbeza mengikut jenis jalan dan kawasan.
Sumber: Soalan Lazim Keselamatan jalan raya, laman JPJAdakah penggunaan telefon bimbit semasa memandu dibenarkan?
JAWAPAN
Tidak, penggunaan telefon bimbit semasa memandu adalah dilarang kerana ia boleh mengganggu perhatian pemandu dan meningkatkan risiko kemalangan.
Sumber: Soalan Lazim Keselamatan jalan raya, laman JPJApakah yang perlu dilakukan jika berlaku keadaan cuaca buruk semasa memandu?
JAWAPAN
Kurangkan kelajuan, pastikan jarak selamat antara kenderaan, hidupkan lampu kenderaan, dan berhati-hati dengan permukaan jalan yang licin. Jika keadaan terlalu teruk, adalah lebih baik untuk berhenti di tempat yang selamat sehingga cuaca kembali baik.
Sumber: Soalan Lazim Keselamatan jalan raya, laman JPJMengapa penting untuk mematuhi peraturan jalan raya?
JAWAPAN
Mematuhi peraturan jalan raya adalah penting untuk memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya, mengurangkan risiko kemalangan, dan membantu dalam aliran trafik yang lebih lancar.
Sumber: Soalan Lazim Keselamatan jalan raya, laman JPJBagaimana untuk menjaga keselamatan pejalan kaki?
JAWAPAN
Pejalan kaki perlu menggunakan laluan pejalan kaki, melintas di tempat yang disediakan dan sentiasa berhati-hati ketika melintas jalan, terutamanya di kawasan yang sibuk. Sebelum melintas, pastikan tidak ada kenderaan yang datang dari arah yang berbahaya. “lihat kanan, lihat kiri dan lihat kanan semula” untuk memastikan jalan benar-benar selamat.
Sumber: Soalan Lazim Keselamatan jalan raya, laman JPJUmum 20
Apakah UTC ?
UTC adalah singkatan kepada Urban Transformation Centre atau Pusat Transformasi Bandar. Ia adalah salah satu usaha dan inisiatif Kerajaan bagi menyediakan pelbagai perkhidmatan utama Kerajaan dan sektor swasta kepada komuniti Bandar di dalam satu pusat sehenti atau di dalam satu bangunan. Ia merupakan sebahagian daripada strategi Lautan Biru yang diperkenalkan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan melalui kerjasama strategik antara agensi Kerajaan dan sektor swasta. Secara umumnya, komuniti Bandar boleh membuat pelbagai urusan dengan jabatan Kerajaan dan swasta dalam satu bangunan dengan menjimatkan masa tanpa perlu pergi ke bangunan-bangunan Kerajaan yang lain. UTC turut menyediakan pusat pembangunan dan aktiviti belia, ruang perniagaan produk tempatan dan pusat kegiatan NGOs.
Sumber: Soalan Lazim Umum, laman JPJBolehkah tahu bagaimana fungsi JPJ di UTC ?
Sebanyak 22 UTC telah diwujudkan di seluruh Malaysia seperti di LAMPIRAN A. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia adalah antara Agensi Kerajaan yang terlibat dengan perkhidmatan kaunter untuk menguruskan Urus Niaga JPJ. Antara perkhidmatan kaunter yang ditawarkan di UTC adalah seperti di LAMPIRAN B. Waktu pengoperasian UTC berdasarkan waktu yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) menjangkau waktu pejabat dan dibuka 24/7 kecuali atas arahan tertentu. Perkhidmatan kaunter JPJ di UTC dapat membantu memudahkan orang awam untuk menyelesaikan urusan dokumentasi berkaitan Urus Niaga JPJ di luar premis JPJ.
LAMPIRAN B - SENARAI URUS NIAGA DI PUSAT TRANSFORMASI BANDAR (UTC)
Sumber: Soalan Lazim Umum, laman JPJApakah Kios JPJ ?
Kios JPJ merupakan mesin yang dapat membantu memudahkan pelanggan melakukan transaksi urus niaga perkhidmatan JPJ secara kendiri. Sehingga tahun 2025, JPJ telah menyediakan sebanyak 213 unit kios di semua negeri secara berfasa. Kios JPJ mempunya 4 jenis reka bentuk mengikut fasa.
Kios JPJ Fasa 1 - 51 Unit
Kios JPJ Fasa 1 mempunyai 51 unit dan telah dipasang di premis JPJ Semenanjung Malaysia mulai tahun 2013 yang melibatkan urus niaga.
Kios JPJ Fasa 2 - 50 Unit
Sejajar dengan pendigitalan JPJ, Jabatan ini telah menambah bilangan kios bagi Kios JPJ Fasa 2 sebanyak 50 unit dengan penambahan urus niaga perkhidmatan JPJ pada tahun 2022.
Kios JPJ Fasa 3 - 100 Unit
Pada tahun 2023, pemasangan kios telah diperluaskan sebanyak 100 unit sehingga ke Negeri Sabah dan Negeri Sarawak.
Kios JPJ Fasa 4
Bermula tahun 2024, kios e-Renewal telah diperkenalkan bagi melakukan transaksi secara atas talian sahaja dan tidak mempunyai cetakan fizikal.
Klik muat turun bagi maklumat lengkap.
SENARAI PERKHIDMATAN DAN LOKASI KIOS MENGIKUT FASA 1
Sumber: Soalan Lazim Umum, laman JPJApakah perkhidmatan yang ditawarkan di Kios ini ?
Klik untuk muat turun jenis dan perkhidmatan urus niaga Kios JPJ
SENARAI PERKHIDMATAN DAN LOKASI KIOS MENGIKUT FASA 1
Sumber: Soalan Lazim Umum, laman JPJSiapakah yang boleh menggunakan Kios ini?
Kios ini boleh digunakan oleh individu/wakil syarikat Warganegara Malaysia dan bukan Warganegara Malaysia.
Walau bagaimanapun Pembaharuan Lesen Memandu adalah dihadkan kepada Warganegara Malaysia sahaja.
Sumber: Soalan Lazim Umum, laman JPJDimanakah lokasi Kios JPJ ?
Klik muat turun bagi maklumat tersebut
SENARAI KESELURUHAN LOKASI KIOS MENGIKUT FASA
Sumber: Soalan Lazim Umum, laman JPJBolehkah saya memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) untuk orang lain di Kios JPJ?
Boleh, wakil dibenarkan untuk memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) Lesen Memandu Malaysia (LMM).
Sumber: Soalan Lazim Umum, laman JPJAdakah semua LKM boleh diperbaharui di Kios ini?
Hanya pembaharuan LKM berikut boleh dilakukan di Kios ini :
- Motokar Persendirian/Syarikat
- Motorsikal Persendirian/Syarikat
Bolehkah saya mendapat salinan geran di kios?
Boleh
Sumber: Soalan Lazim Umum, laman JPJBolehkah saya renew Lesen Memandu Percubaan (Lesen P) kepada Lesen Kompeten di kios?
Adakah lesen yang telah digantung boleh diperbaharui dikios ini?
Tidak Boleh.
Sumber: Soalan Lazim Umum, laman JPJBolehkah bayaran saman dilakukan dikios ini bagi saman yang telah disenarai hitam?
Tidak boleh. Pembayaran saman yang disenarai hitam tidak boleh dilakukan di kios ini.
Sumber: Soalan Lazim Umum, laman JPJAdakah dibenarkan membayar kesemua saman yang dipaparkan di skrin kios ini?
Bagi setiap transaksi, pembayaran hanya dibenarkan untuk 5 saman sahaja. Pelanggan diberi pilihan untuk memilih 5 saman untuk pembayaran.
Sumber: Soalan Lazim Umum, laman JPJAdakah wakil dibenarkan untuk membayar saman bagi pihak ketiga?
Ya. Wakil boleh membayar saman untuk pihak ketiga dengan menggunakan nombor saman.
Sumber: Soalan Lazim Umum, laman JPJApakah kaedah pembayaran yang diterima di kios ini?
Selain pembayaran pembaharuan insurans, pelanggan boleh membuat pembayaran menggunakan kad kredit atau kad debit. Bagi pembayaran pembaharuan insuran, pelanggan boleh membuat bayaran secara online menggunakan FPX, kad kredit atau kad debit.
Sumber: Soalan Lazim Umum, laman JPJAdakah perlu saya perlukan alamat email semasa melakukan transaksi di kios ini?
Alamat email adalah diperlukan kerana resit rasmi JPJ akan dihantar ke alamat email. Bagi yang tidak mempunyai alamat email, resit rasmi JPJ boleh didapati dengan mengimbas kod QR yang tertera di slip transaksi thermal yang dikeluarkan oleh kios ini setelah selesai pembayaran.
Sumber: Soalan Lazim Umum, laman JPJAdakah resit yang dikeluarkan oleh kios adalah resit rasmi?
Bukan. Itu adalah slip transaksi thermal bagi bayaran yang telah dilakukan di Kios. Resit rasmi JPJ boleh dicetak dengan mengimbas kod QR yang tertera dislip transaksi thermal atau melalui email.
Resit rasmi yang pertama diimbas/cetak adalah resit rasmi ASAL. Resit yang diimbas/cetak seterusnya adalah resit rasmi SALINAN.
Sumber: Soalan Lazim Umum, laman JPJApa yang perlu dilakukan jika mendapat paparan “Transaksi tidak berjaya” ?
Resit void dan mesej “Transaksi tidak berjaya” akan dipaparkan dalam slip transaksi thermal yang dikeluarkan oleh Kios.
Bayaran yang telah ditolak dari akaun bank pelanggan akan dikembalikan selewatnya dalam masa 7 hari.
Sumber: Soalan Lazim Umum, laman JPJKlik untuk muat turun jenis dan perkhidmatan urus niaga Kios JPJ SENARAI PERKHIDMATAN DAN LOKASI KIOS MENGIKUT FASA 1
Klik muat turun bagi maklumat tersebut SENARAI KESELURUHAN LOKASI KIOS MENGIKUT FASA
Tiada soalan sepadan. Cuba carian penuh atau hubungi JPJ.

