Mohon lesen belajar memandu (LDL)
Lesen belajar memandu (LDL) membolehkan anda berlatih memandu sebelum menduduki ujian amali. Anda perlu lulus ujian undang-undang Bahagian I terlebih dahulu.
- Di mana
- Pejabat JPJ atau kiosk eKhidmat
- Tempoh lesen
- 3 atau 6 bulan
- Tempoh maksimum
- 2 tahun dari tarikh mula
- Bayaran kelas B dan C
- RM20 (3 bulan) atau RM40 (6 bulan)
Siapa yang layak
| Umur minimum | Kelas lesen |
|---|---|
| Melebihi 16 tahun | A, B2, B dan C |
| Melebihi 17 tahun | A1, D dan DA |
| Melebihi 21 tahun | E, F, G, H, I dan lesen vokasional |
| 18 tahun | Konduktor (CON) |
Anda juga mesti lulus ujian undang-undang Bahagian 1, dan keputusan ujian telah dikemas kini serta masih berkuat kuasa dalam tempoh satu tahun.
Dokumen yang perlu dibawa
- MyKad atau pasport asal pemohon. Jika diuruskan oleh wakil, bawa salinan MyKad atau pasport pemohon.
- Dokumen pengenalan diri asal wakil (jika diuruskan oleh wakil).
- Satu keping gambar berwarna berlatar putih, berukuran 25mm x 32mm.
- Pasport yang masih berkuat kuasa (warga asing).
Bayaran
| Kelas | 3 bulan | 6 bulan |
|---|---|---|
| A, A1 dan B2 tunggal | RM2.00 | |
| B dan C | RM20.00 | RM40.00 |
| D dan ke atas | RM30.00 | RM60.00 |
Perlu tahu
- Tetapkan kelas lesen sebelum LDL dikeluarkan.
- Kelas lesen memandu tidak boleh dipinda lebih daripada sekali.
- LDL boleh dikeluarkan dan diperbaharui bagi tempoh 3 atau 6 bulan, sehingga maksimum 2 tahun dari tarikh lesen mula dikeluarkan.
Langkah seterusnya
- Lulus ujian undang-undang Bahagian I
Keputusan mesti dikemas kini dan sah dalam tempoh setahun.
- Mohon LDL di pejabat JPJ atau kiosk eKhidmat
Bawa dokumen di atas dan pilih kelas lesen.
- Tempah ujian Bahagian II dan III
Lihat panduan tempah ujian memandu.
- Mohon lesen percubaan (PDL)
Selepas lulus ujian amali. Lihat panduan PDL.

