Langkau ke kandungan
Laman web rasmi Kerajaan Malaysia
Saiz teks
Pernyataan aksesibiliti

Laman web rasmi menggunakan .gov.myLaman web kerajaan Malaysia menggunakan domain .gov.my. Pastikan alamat jpj.gov.my sebelum membuat sebarang urusan.

Laman web yang selamat menggunakan HTTPSCari ikon kunci atau https:// pada pelayar sebelum berkongsi maklumat peribadi.

  1. Laman utama
  2. Kenderaan
  3. Pembatalan kenderaan musnah
Kenderaan

Pembatalan kenderaan musnah

Pembatalan pendaftaran kenderaan merupakan satu proses membatalkan pendaftaran kenderaan dan menyekat sebarang transaksi ke atas kenderaan tersebut manakala musnah pula didefinisikan sebagai kenderaan yang hendak dilupuskan dengan apa cara sekalipun.

Syarat-syarat permohonan:

  1. Permohonan boleh dikemukakan oleh pemilik berdaftar kenderaan atau orang yang mempunyai kuasa (bagi jenis pemilik syarikat).
    2. Permohonan boleh dilaksanakan di mana-mana Pejabat JPJ Negeri/Cawangan yang melaksanakan aktiviti pendaftaran kenderaan.
    3. Status rekod kenderaan adalah sah.
    4. Tiada sekatan senaraihitam JPJ atau PDRM.
    5. Tiada tuntutan hakmilik.
    6. Telah membuat bayaran balik (refund) atau membatalkan LKM yang masih berkuatkuasa.
    7. Lesen Kenderaan Perdagangan / Pelancongan (permit) telah dibatalkan (bagi kenderaan perdagangan); dan
    8. Tiada sekatan syarat Lesen Impot (AP) atau Kastam.

Dokumen yang perlu dikemukakan:

  1. Satu salinan Borang JPJ K1C(Pindaan 2/2020) yang ditandatangani oleh pemilik berdaftar.
    2. Dokumen pengenalan asal untuk tujuan menyemak sahaja.
    3. Perakuan Pendaftaran Kenderaan/VOC (JPJK2) asal. Jika JPJK2/ VOC tidak dapat dikemukakan, pastikan pengisytiharan dilakukan dalam JPJK1C(Pindaan 2/2020).
    4. Borang JPJ K6 untuk pembayaran balik LKM (Jika berkaitan).

Borang JPJK6 (2014)

Lampiran B-JPJK1C(Pindaan 2-2020)

Adakah halaman ini membantu?

Dikemas kini: 17 Apr 2025Sumber: halaman asal JPJKandungan asal dipindah, belum ditulis semula