Pengecualian LKM bagi orang kurang upaya (OKU)
Orang kurang upaya (OKU) yang berdaftar dengan JKM boleh mengisytiharkan pengecualian LKM bagi satu motokar dan satu motosikal.
- Permohonan pertama
- Pejabat JPJ Negeri atau Cawangan
- Had kenderaan
- 1 motokar dan 1 motosikal
- Jenis kenderaan
- Buatan nasional dan pemasangan tempatan
- Lesen memandu
- CDL atau PDL yang sah
Panduan ini untuk kenderaan yang tidak diubah suai. Kenderaan yang diubah suai tertakluk kepada garis panduan ubah suai kenderaan OKU.
Siapa yang layak
- Pemilik berdaftar yang merupakan OKU, telah berdaftar dan mempunyai rekod dengan JKM. Melibatkan semua kategori kecacatan.
- Waris atau penjaga yang berdaftar dengan JKM, bagi kenderaan atas nama mereka. Maklumat waris disemak secara automatik dengan rekod JKM.
- Pemohon mesti mempunyai lesen memandu (CDL atau PDL) yang berkuat kuasa.
Syarat kenderaan
- Didaftarkan atas nama pemohon OKU atau waris atau penjaga berdaftar.
- Kenderaan buatan nasional atau pemasangan tempatan.
- Didaftarkan sebagai kenderaan persendirian milik individu.
- Terhad kepada satu motokar dan satu motosikal dalam satu masa, tidak termasuk kenderaan yang diubah suai untuk kegunaan orang cacat (KOC).
Dokumen yang perlu dibawa
- Satu Borang Pengisytiharan, Pindaan dan Pembatalan LKM bagi OKU.
- Kad pengenalan asal dan salinan pemohon OKU.
- Kad OKU asal dan salinan.
- Satu salinan lesen memandu yang sah.
- Jika diuruskan wakil: surat kuasa daripada pemohon OKU, salinan kad pengenalan OKU, kad pengenalan wakil (asal dan salinan), dan surat pengesahan pegawai kesihatan.
Permohonan kali pertama hanya boleh dikemukakan di pejabat JPJ Negeri atau Cawangan.
Adakah halaman ini membantu?

