Langkau ke kandungan
Laman web rasmi Kerajaan Malaysia
Saiz teks
Pernyataan aksesibiliti

Laman web rasmi menggunakan .gov.myLaman web kerajaan Malaysia menggunakan domain .gov.my. Pastikan alamat jpj.gov.my sebelum membuat sebarang urusan.

Laman web yang selamat menggunakan HTTPSCari ikon kunci atau https:// pada pelayar sebelum berkongsi maklumat peribadi.

  1. Laman utama
  2. Kenderaan
  3. Perbaharui lesen kenderaan motor (LKM)
Kenderaan

Perbaharui lesen kenderaan motor (LKM)

Perbaharui lesen kenderaan motor (LKM) anda di kaunter JPJ apabila tempohnya akan tamat dalam masa dua bulan. Kenderaan mesti mempunyai insurans bagi tempoh yang dipohon.

Bila boleh perbaharui
2 bulan sebelum tamat
Tempoh (persendirian)
6 bulan atau 1 tahun
Di mana (persendirian)
JPJ Negeri, Cawangan atau UTC
Siapa boleh mohon
Pemunya berdaftar atau wakil

Pemunya berdaftar atau wakil perlu mengemukakan MyKad untuk dibaca dan direkodkan dalam sistem MySikap melalui alat pembaca MyKad.

Kenderaan persendirian

Syarat

  • Boleh dikemukakan oleh pemunya berdaftar atau wakil di mana-mana pejabat JPJ Negeri, Cawangan atau UTC.
  • Tempoh pembaharuan ialah enam bulan atau satu tahun.
  • Kenderaan mesti mempunyai perlindungan insurans bagi tempoh LKM yang dipohon.
  • Hanya LKM yang akan tamat dalam masa dua bulan boleh diperbaharui.

Dokumen yang perlu dibawa

  • Dokumen pengenalan diri pemunya berdaftar atau wakil yang hadir.
  • Laporan pemeriksaan PUSPAKOM yang masih berkuat kuasa, jika kenderaan tidak aktif.
  • Borang perakuan kawasan pengisytiharan kenderaan dan Pengisytiharan Kastam (K3) atau resit pelabuhan (Sabah, Sarawak dan pulau bebas cukai sahaja).

Kenderaan perdagangan dan treler

  • Boleh dikemukakan di pejabat JPJ Negeri atau Cawangan.
  • Kenderaan perdagangan dan treler: minimum 7 hari dan maksimum setahun bagi dua tahun pertama selepas pendaftaran baharu; selepas itu maksimum enam bulan.
  • Treler kontena: minimum 7 hari dan maksimum setahun bagi sepuluh tahun pertama; selepas itu maksimum enam bulan.
  • Tarikh pemeriksaan berkala PUSPAKOM mesti berkuat kuasa bagi tempoh LKM yang dipohon.
  • Permit daripada SPAD, LPKP Sabah, LPKP Sarawak, MOTAC atau JKPIM mesti berkuat kuasa bagi tempoh LKM yang dipohon.
  • Kenderaan perdagangan tidak beroperasi (lay-up) perlu menjalani dan lulus pemeriksaan PUSPAKOM.

Dokumen yang perlu dibawa

  • Dokumen pengenalan diri pemunya berdaftar atau wakil yang hadir.
  • Laporan pemeriksaan PUSPAKOM yang masih berkuat kuasa.
  • Borang perakuan kawasan pengisytiharan dan Pengisytiharan Kastam (K3) atau resit pelabuhan (Sabah, Sarawak dan pulau bebas cukai sahaja).

Keadaan khas

  • LKM tamat melebihi tiga tahun: kenderaan perlu lulus pemeriksaan PUSPAKOM, atau pemeriksaan PG10 bagi motosikal milik individu, motosikal yang diperiksa semasa program JPJ, atau motosikal yang disita JPJ.
  • Pemunya berdaftar telah meninggal dunia: LKM boleh diperbaharui enam bulan setiap kali, untuk tempoh tidak melebihi lima tahun. Selepas lima tahun, permohonan perlu kelulusan; bawa dokumen yang menunjukkan proses pembahagian pusaka telah dimulakan.
  • Kawasan dengan kadar LKM lebih rendah: tukar kawasan pengisytiharan terlebih dahulu sebelum pembaharuan dibuat.
  • Dumper atau tipper import terpakai melebihi GVW 21,000 kg, atau kenderaan rebuilt melebihi GVW 38,000 kg yang didaftarkan sebagai off-road kekal, tidak boleh dilesenkan.
Anda juga boleh memperbaharui LKM di kios layan diri yang terpilih. Lihat senarai kios dalam halaman pejabat negeri, contohnya Kuala Lumpur.
Adakah halaman ini membantu?

Dikemas kini: 17 Apr 2025Sumber: halaman asal JPJ