Langkau ke kandungan
Laman web rasmi Kerajaan Malaysia
Saiz teks
Pernyataan aksesibiliti

Laman web rasmi menggunakan .gov.myLaman web kerajaan Malaysia menggunakan domain .gov.my. Pastikan alamat jpj.gov.my sebelum membuat sebarang urusan.

Laman web yang selamat menggunakan HTTPSCari ikon kunci atau https:// pada pelayar sebelum berkongsi maklumat peribadi.

  1. Laman utama
  2. Kenderaan
  3. Pemasangan reflektor MS 828:2011
Kenderaan

Pemasangan reflektor MS 828:2011

Panduan Pemasangan Reflektor Pada Kenderaan Perdagangan (2025)

Pengenalan :

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mewajibkan setiap kenderaan perdagangan hendaklah menggunakan reflektor yang telah ditetapkan. Pemasangan ini bermaksud setiap kenderaan perdagangan yang terlibat atau berkaitan perlu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh JPJ.

Latar Belakang :

Piawaian MS 828:2011 (Road Vehicle – Rear and Side Marking – Specification) telah dibangunkan oleh SIRIM pada tahun 2011 iaitu berdasarkan peraturan UN104 (Retro-Reflective Markings for Heavy & Long Vehicles) yang dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2012. Ianya adalah untuk meningkatkan keselamatan pengguna jalanraya yang lain terutamanya pada waktu malam atau gelap sekaligus dapat mengurangkan jumlah kes kemalangan jalanraya.

Tujuan :

  1. Menerangkan kepada pemilik/pengeluar kenderaan tentang prosedur dan syarat-syarat yang perlu dipatuhi untuk pemasangan reflektor MS 828:2011.
  2. Memastikan pemilik/pengeluar kenderaan melakukan pemasangan reflektor berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan.

Garis Panduan Pemasangan Pada Kenderaan Perdagangan (2025)

Adakah halaman ini membantu?

Dikemas kini: 12 Ogo 2025Sumber: halaman asal JPJKandungan asal dipindah, belum ditulis semula