Tukar hak milik secara sukarela
Pertukaran hak milik kenderaan secara sukarela memerlukan pemunya berdaftar dan pemunya baharu hadir sendiri untuk pengesahan cap jari biometrik.
- Kehadiran
- Kedua-dua pihak hadir sendiri
- Pengesahan
- Cap jari biometrik
- Borang
- JPJ K3
- Dokumen kenderaan
- Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC)
Syarat am
- Bagi kenderaan persendirian individu, pemunya berdaftar dan pemunya baharu mesti hadir sendiri untuk pengesahan cap jari secara biometrik.
- Wakil hanya boleh dilantik bagi kenderaan selain milikan persendirian individu.
- Tiada sekatan ke atas urusan seperti tuntutan hak milik oleh syarikat kewangan, cukai Kastam yang belum selesai atau rekod senarai hitam.
- Kenderaan motor, kecuali motosikal, mesti lulus pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor yang dilantik.
- Permit kenderaan perdagangan pemunya berdaftar telah dibatalkan terlebih dahulu.
- Fi dibayar seperti yang ditetapkan.
Dokumen yang perlu dibawa
- Dokumen pengenalan diri pemunya berdaftar dan pemunya baharu, seperti MyKad, MyTentera, MyPR atau pasport.
- Borang JPJ K3 yang lengkap diisi.
- Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC).
Jika pemilik ialah syarikat atau organisasi
- Dokumen SSM (Corporate Information) atau dokumen pengesahan identiti syarikat, atau surat dan dokumen pertubuhan, koperasi, badan berkanun atau kerajaan.
- Resolusi syarikat yang ditandatangani Ahli Lembaga Pengarah, atau surat persetujuan penjualan, pelupusan atau pertukaran hak milik bagi organisasi.
- Surat rasmi lantikan wakil.
Keadaan khas
- Pemunya berdaftar di luar negara: salinan pasport yang disahkan oleh Kedutaan Malaysia, dan akuan berkanun persetujuan penjualan yang ditandatangani di hadapan pegawai Kedutaan Malaysia.
- Pemunya berdaftar telah bertukar kewarganegaraan: surat pengesahan JPN, dan pemunya berdaftar hadir sendiri.
- Syarikat dalam pembubaran: surat persetujuan penjualan, dan salinan Borang 59, 70 atau 72 yang disahkan SSM.
- Kenderaan perdagangan: pemeriksaan khas mengikut jenis kenderaan, surat pembatalan atau kelulusan ubah syarat permit, dan borang JPJ K1 jika berkenaan.
Lihat juga tukar hak milik selain secara sukarela, contohnya selepas kematian pemilik.
Adakah halaman ini membantu?

