Langkau ke kandungan
Laman web rasmi Kerajaan Malaysia
Saiz teks
Pernyataan aksesibiliti

Laman web rasmi menggunakan .gov.myLaman web kerajaan Malaysia menggunakan domain .gov.my. Pastikan alamat jpj.gov.my sebelum membuat sebarang urusan.

Laman web yang selamat menggunakan HTTPSCari ikon kunci atau https:// pada pelayar sebelum berkongsi maklumat peribadi.

  1. Laman utama
  2. Kenderaan
  3. Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) menggantikan kad pendaftaran
Kenderaan

Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) menggantikan kad pendaftaran

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) meneruskan transformasi jabatan dengan memperkenalkan Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) bagi menggantikan Kad Pendaftaran Kenderaan (RC) yang akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut fasa bermula 1 Jun 2016. Pengenalan VOC masih lagi merupakan suatu perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang mengandungi butiran pemilik dan kenderaan.

Namun, dalam usaha untuk memudahkan urusniaga dengan JPJ, VOC yang diperkenalkan ini tidak lagi digunakan sebagai dokumen atau instrumen bagi urusan seperti Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (cukai jalan), Tukar Hak Milik, atau Pindaan Maklumat. VOC tidak mengandungi cetakan rekod urusniaga seperti mana yang terdapat pada RC, manakala semakan data dilakukan terus dengan sistem pengkalan data JPJ.

Adakah halaman ini membantu?

Dikemas kini: 21 Apr 2022Sumber: halaman asal JPJKandungan asal dipindah, belum ditulis semula