Kadar bayaran lesen memandu kelas B2
Adalah dimaklumkan kadar bayaran latihan, kad penetapan ujian dan lesen memandu bagi motosikal kelas B2 telah dikurangkan kepada RM211 berkuat kuasa mulai 1 September 2009. Dalam hubungan ini, komponen kadar fi yang boleh dikenakan oleh Institut Memandu bagi maksud mengadakan latihan dan ujian memandu motosikal kelas B2 sahaja adalah sebagaimana jadual berikut:
AKTIVITI | FI (RM) |
LATIHAN MEMANDU (INSTITUT MEMANDU) | |
| RM 166.00 |
| |
| |
| |
| |
| PERCUMA |
| RM 17.00 |
| RM 20.00 (Sewaan motosikal dan Litar Institut Memandu) |
| |
LESEN MEMANDU | |
| RM 2.00 |
| RM 2.00 |
| RM 2.00 |
| RM 2.00 |
JUMLAH FI | RM 211.00 |
- Selain daripada komponen fi RM 211.00 yang telah ditetapkan dalam jadual fi di atas, Institut Memandu dibenarkan mengenakan fi tambahan sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual berikut:
Jadual Fi Tambahan Yang Boleh Dikenakan Oleh Institut Memandu
AKTIVITI | FI (RM) |
| TIDAK MELEBIHI RM50 |
| |
| |
| |
| |
| Rm 0.50/km = RM 1/km |
- JPJ ingin memaklumkan bahawa pemohon yang layak mendapatkan kadar fi di atas adalah mereka yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia yang memegang MyKad yang sah atau kad pengenalan Polis/Tentera SAHAJA. Pemastautin Tetap (PR) dan Bukan Warganegara adalah tidak layak; dan
- Pemohon yang memohon lesen memandu motosikal kelas lesen B2 SAHAJA dan tidak memiliki apa-apa jenis atau kelas lesen memandu lain. Sekiranya pemohon membuat urusniaga tambah kelas atau kombinasi lain daripada kelas B2, pemohon akan tertakluk kepada kadar bayaran semasa.
- Bagi pemohon lesen memandu motosikal kelas B2 yang perlu mengulangi mana-mana elemen ujian memandu atau memperbaharui lesen LDL, pemohon hanya perlu membayar fi tambahan seperti berikut:
Jadual Fi Ulangan Bagi Ujian Kekompetanan
ELEMEN | KALI PERTAMA DAN ULANGAN |
| RM 17.00 |
| RM 20.00 |
| RM 2.00 |

