Langkau ke kandungan
Laman web rasmi Kerajaan Malaysia
Saiz teks
Pernyataan aksesibiliti

Laman web rasmi menggunakan .gov.myLaman web kerajaan Malaysia menggunakan domain .gov.my. Pastikan alamat jpj.gov.my sebelum membuat sebarang urusan.

Laman web yang selamat menggunakan HTTPSCari ikon kunci atau https:// pada pelayar sebelum berkongsi maklumat peribadi.

  1. Laman utama
  2. Lesen Memandu
  3. Mohon lesen vokasional (GDL, PSV dan konduktor)
Lesen Memandu

Mohon lesen vokasional (GDL, PSV dan konduktor)

Lesen vokasional diperlukan untuk memandu kenderaan barangan (GDL), kenderaan perkhidmatan awam (PSV) dan sebagai konduktor (CON).

Di mana
Pejabat JPJ Negeri atau Cawangan sahaja
Siapa boleh mohon
Warganegara Malaysia (MyKad)
Bayaran
RM20.00

Siapa yang layak

  • Pemegang MyKad (warganegara Malaysia) sahaja, kecuali warganegara Singapura. Warganegara Singapura hanya boleh memohon di pejabat JPJ Johor Bahru dengan pasport yang masih berkuat kuasa.
  • Memiliki CDL dengan kelas yang setara. CON dan GDL kelas C dikecualikan daripada memiliki CDL.
  • Pengesahan kesihatan daripada pengamal perubatan berdaftar melalui Borang JPJ L8A berserta resit bayaran pemeriksaan asal. Borang dan resit sah selama satu tahun.
  • Lulus ujian amali dan keputusan ujian tidak melebihi satu tahun dari tarikh ujian (PSV bas BTM melebihi 7,500 kg dan GDL BTM melebihi 7,500 kg bersendi).

Dokumen yang perlu dibawa

  • MyKad atau pasport asal pemohon. Jika diuruskan oleh wakil, bawa salinan MyKad atau pasport pemohon.
  • Dokumen pengenalan diri asal wakil (jika diuruskan oleh wakil).
  • Lesen memandu kompeten (CDL) asal yang berkuat kuasa melebihi satu tahun.
  • Borang JPJ L8A.
  • Borang JPJ L12.
  • Sijil JPJ L2C.
  • Satu keping gambar berwarna berlatar putih, berukuran 25mm x 32mm.
  • Pasport yang masih berkuat kuasa (warga Singapura).
Permohonan boleh dibuat di mana-mana JPJ Negeri atau Cawangan setelah keputusan ujian dikemas kini dalam sistem mySIKAP oleh pejabat JPJ tempat anda menduduki ujian.
Adakah halaman ini membantu?

Dikemas kini: 8 Jul 2025Sumber: halaman asal JPJ