Mohon lesen memandu percubaan (PDL)
Lesen memandu percubaan (PDL) dikeluarkan selepas anda lulus ujian amali Bahagian II dan III. Tempoh percubaan ialah dua tahun.
- Di mana
- Pejabat JPJ Negeri atau Cawangan sahaja
- Tempoh percubaan
- 2 tahun bagi kelas yang terawal
- Syarat utama
- Lulus ujian amali Bahagian II dan III
Siapa yang layak
- Lulus ujian amali Bahagian 2 dan 3, dan keputusan ujian telah dikemas kini serta masih berkuat kuasa dalam tempoh satu tahun.
- Pemilik tidak disenarai hitam.
Dokumen yang perlu dibawa
- MyKad atau pasport asal pemohon. Jika diuruskan oleh wakil, bawa salinan MyKad atau pasport pemohon.
- Dokumen pengenalan diri asal wakil (jika diuruskan oleh wakil).
- Satu keping gambar berwarna berlatar putih, berukuran 25mm x 32mm (pilihan).
- Pasport yang masih berkuat kuasa (warga asing).
Permohonan PDL hanya boleh dibuat di pejabat JPJ Negeri atau Cawangan. UTC dan kiosk tidak menerima permohonan ini.
Selepas tempoh percubaan
Mohon lesen memandu kompeten (CDL) dalam tempoh 7 hari sebelum tempoh percubaan tamat. Lihat panduan CDL.
Adakah halaman ini membantu?

