Langkau ke kandungan
Laman web rasmi Kerajaan Malaysia
Saiz teks
Pernyataan aksesibiliti

Laman web rasmi menggunakan .gov.myLaman web kerajaan Malaysia menggunakan domain .gov.my. Pastikan alamat jpj.gov.my sebelum membuat sebarang urusan.

Laman web yang selamat menggunakan HTTPSCari ikon kunci atau https:// pada pelayar sebelum berkongsi maklumat peribadi.

  1. Laman utama
  2. Lesen Memandu
  3. Mohon lesen memandu percubaan (PDL)
Lesen Memandu

Mohon lesen memandu percubaan (PDL)

Lesen memandu percubaan (PDL) dikeluarkan selepas anda lulus ujian amali Bahagian II dan III. Tempoh percubaan ialah dua tahun.

Di mana
Pejabat JPJ Negeri atau Cawangan sahaja
Tempoh percubaan
2 tahun bagi kelas yang terawal
Syarat utama
Lulus ujian amali Bahagian II dan III

Siapa yang layak

  • Lulus ujian amali Bahagian 2 dan 3, dan keputusan ujian telah dikemas kini serta masih berkuat kuasa dalam tempoh satu tahun.
  • Pemilik tidak disenarai hitam.

Dokumen yang perlu dibawa

  • MyKad atau pasport asal pemohon. Jika diuruskan oleh wakil, bawa salinan MyKad atau pasport pemohon.
  • Dokumen pengenalan diri asal wakil (jika diuruskan oleh wakil).
  • Satu keping gambar berwarna berlatar putih, berukuran 25mm x 32mm (pilihan).
  • Pasport yang masih berkuat kuasa (warga asing).
Permohonan PDL hanya boleh dibuat di pejabat JPJ Negeri atau Cawangan. UTC dan kiosk tidak menerima permohonan ini.

Selepas tempoh percubaan

Mohon lesen memandu kompeten (CDL) dalam tempoh 7 hari sebelum tempoh percubaan tamat. Lihat panduan CDL.

Adakah halaman ini membantu?

Dikemas kini: 8 Jul 2025Sumber: halaman asal JPJ