Rayuan lesen memandu tamat tempoh
Jika lesen memandu anda telah lama tamat tempoh, anda perlu memohon rayuan sebelum boleh mendapatkannya semula.
- PDL tamat
- Melebihi 1 tahun
- CDL tamat
- Melebihi 3 tahun
- GDL atau PSV tamat
- Melebihi 3 tahun
- Semak keputusan
- Selepas 14 hari
Bila rayuan diperlukan
- Lesen memandu percubaan (PDL) tamat melebihi 1 tahun.
- Lesen memandu kompeten (CDL) tamat melebihi 3 tahun.
- Lesen memandu vokasional (GDL atau PSV) tamat melebihi 3 tahun.
Cara memohon
Melalui Portal mySIKAP Awam.
Di kaunter JPJ Negeri atau Cawangan. Kemukakan salinan kad pengenalan atau pasport.
Selepas memohon
- Tunggu 14 hari
Semakan dan cetakan surat kelulusan rayuan boleh dibuat di kaunter JPJ, atau hubungi Bahagian Pelesenan Pemandu JPJ Negeri selepas 14 hari dari tarikh permohonan. Anda juga boleh menyemak status rayuan.
- Jika berjaya
Anda dikecualikan daripada ujian Bahagian 1 dan perlu menduduki ujian praktikal Bahagian II dan III.
- Jika tidak berjaya
Anda perlu memohon lesen memandu mengikut prosedur biasa, bermula dengan lesen belajar memandu.

