Langkau ke kandungan
Laman web rasmi Kerajaan Malaysia
Saiz teks
Pernyataan aksesibiliti

Laman web rasmi menggunakan .gov.myLaman web kerajaan Malaysia menggunakan domain .gov.my. Pastikan alamat jpj.gov.my sebelum membuat sebarang urusan.

Laman web yang selamat menggunakan HTTPSCari ikon kunci atau https:// pada pelayar sebelum berkongsi maklumat peribadi.

  1. Laman utama
  2. Nombor Pendaftaran
  3. Tempahan nombor pendaftaran kenderaan
Nombor Pendaftaran

Tempahan nombor pendaftaran kenderaan

Maklumat dan panduan tempahan nombor pendaftaran


Penerangan umum nombor pendaftaran

[tafsiran kategori nombor pendaftaran]

“Nombor Pendaftaran” ertinya tanda indeks yang ditetapkan bagi menunjukkan kawasan pendaftaran di mana kenderaan itu didaftarkan atau status pemunya kenderaan motor itu dan suatu nombor berasingan (Seksyen 11, APJ 1987).

“Nombor Utama (Golden Number)” bermaksud nombor-nombor satu angka (nombor 1-9) dan sentiasa menjadi keutamaan dan bernilai tinggi.

“Nombor Premium (Premium Number)” bermaksud nombor- nombor dua (2) angka yang sama, belasan, 10, 28 dan 38 yang kerap mendapat bidaan dan bernilai tinggi.

“Nombor Menarik (Attractive Number)” bermaksud nombor- nombor dua angka yang sama, tiga (3) angka yang sama, empat (4) angka yang sama dan dua (2) angka selain di atas yang kerap mendapat bidaan dan bernilai tinggi.

“Nombor Popular (Popular Number)” bermaksud suatu nombor dari kategori selain di atas tetapi kerap mendapat bidaan yang baik dan bernilai sederhana.

“Nombor Semasa (Running Number)” ialah bermaksud suatu nombor dari kategori selain di atas dan kurang mendapat bidaan dan kerap mempunyai baki.

“Nombor Baki” ialah nombor kategori Bernilai Utama, Premium, Menarik, Popular dan Semasa yang tidak dibida (baki) selepas bidaan ditutup.

“Nombor Tamat Tempoh” ialah nombor kategori Bernilai Utama, Premium, Menarik, Popular dan Semasa yang telah tamat tempoh dari tarikh surat tawaran / keputusan berjaya dikeluarkan dan belum didaftarkan ke atas mana-mana kenderaan.

“Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI)” ialah nombor pendaftaran yang diperkenalkan sebagai secara siri khas oleh Menteri Pengangkutan Malaysia seperti ‘MALAYSIA’, ‘PUTRAJAYA’ dan ‘M_M’.

[senarai kategori nombor pendaftaran]

Kategori nombor-nombor utama

( GOLDEN NUMBERS )

1 2 3 4 5 6 7 8 9

Kategori nombor-nombor premium

( PREMIUM NUMBERS )

10 11 12 13 14 15 16 17 18 19

22 28 33 38 44 55 66 77 88 99

Kategori nombor-nombor menarik

( ATTRACTIVE NUMBERS )

Dua (2) digit

20 21 23 24 25 26 27 29 30 31 32 34 35 36 37 39

40 41 42 43 45 46 47 48 49 50 51 52 53 54 56 57 58 59

60 61 62 63 64 65 67 68 69 70 71 72 73 74 75 76 78 79

80 81 82 83 84 85 86 87 89 90 91 92 93 94 95 96 97 98

Tiga (3) digit

111 222 333 444 555 666 777 888 999

Empat (4) digit

1111 2222 3333 4444 5555 6666 7777 8888 9999

100 101 121 131 141 151 161 168 171 181 191 200 202 212 232 242 252 262 272 282 292 300 303 313 323 343 353 363 373 383 393 400 404 414 424 434 454 464 474 484 494 500 505 515 525 535 545 565 575 585 595 600 606 616 626 636 646 656 676 686 696 700 707 717 727 737 747 757 767 786 787 797 800 805 808 818 828 838 848 858 868 878 898 900 909 919 929 939 949 959 969 979 989 1000 1001 1010 1100 1122 1133 1144 1155 1166 1177 1188 1199 1212 1221 1313 1331 1414 1441 1515 1551 1616 1661 1717 1771 1818 1881 1919 1991 2000 2002 2020 2112 2121 2200 2211 2233 2244 2255 2266 2277 2288 2299 2323 2332 2424 2442 2525 2552 2626 2662 2727 2772 2828 2882 2929 2992 3000 3003 3030 3113 3131 3223 3232 3300 3311 3322 3344 3355 3366 3377 3388 3399 3434 3443 3535 3553 3636 3663 3737 3773 3838 3883 3939 3993 4000 4004 4040 4114 4141 4224 4242 4343 4400 4411 4422 4433 4455 4466 4477 4488 4499 4545 4554 4646 4664 4747 4774 4848 4884 4949 4994 5000 5005 5050 5115 5151 5225 5252 5335 5353 5445 5454 5500 5511 5522 5533 5544 5566 5577 5588 5599 5656 5665 5757 5775 5858 5885 5959 5995 6000 6006 6060 6116 6161 6226 6262 6336 6363 6446 6464 6556 6565 6600 6611 6622 6633 6644 6655 6677 6688 6699 6767 6776 6868 6886 6969 6996 7000 7007 7070 7117 7171 7227 7272 7337 7373 7447 7474 7557 7575 7667 7676 7700 7711 7722 7733 7744 7755 7766 7788 7799 7878 7887 7979 7997 8000 8008 8055 8080 8118 8181 8228 8282 8338 8383 8448 8484 8558 8585 8668 8686 8778 8787 8800 8811 8822 8833 8844 8855 8866 8877 8899 8989 8998 9000 9009 9090 9119 9191 9229 9292 9339 9393 9449 9494 9559 9595 9669 9696 9779 9797 9889 9898 9900 9911 9922 9933 9944 9955 9966 9977 9988

Panduan tempahan nombor pendaftaran

[tempahan nombor pendaftaran secara bidaan melalui sistem JPJ ebid]

JPJ eBid ialah sistem bidaan nombor pendaftaran kenderaan secara atas talian yang diperkenalkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia. Sistem ini membolehkan orang awam membuat bidaan untuk nombor plat kenderaan yang dikehendaki tanpa perlu hadir ke pejabat JPJ.

Ciri-ciri utama sistem JPJ eBid

  1. Tempoh bidaan: dibuka selama tempoh lima (5) hari, bermula jam 12.00 tengah malam hari pertama hingga 10.00 malam hari kelima.
  2. Boleh dibida oleh individu & syarikat.
  3. Transaksi tanpa tunai: Pembayaran melalui kad debit dan kredit jenis Visa, MasterCard dan AMEX (Kad Tempatan / Local Card) sahaja.
  4. Keputusan bidaan diumumkan dalam 1 hari (24 jam) selepas bidaan tamat.

Cara Membuat Bidaan

  1. Bidaan dilakukan melalui laman web rasmi https://jpjebid.jpj.gov.my.
  2. Daftar akaun di laman JPJ eBid.
  3. Log masuk dan pilih siri nombor yang sedang dibuka (live) untuk bidaan.
  4. Pilih nombor pilihan anda.
  5. Masukkan jumlah bidaan (mengikut kategori nombor pendaftaran).
  6. Membuat pembayaran.
  7. Tunggu keputusan bidaan.

[tempahan nombor pendaftaran kategori semasa siri negeri atau siri nombor pendaftaran istimewa (NPI) melalui portal JPJ]

Tempahan dan pembelian nombor pendaftaran bagi kategori semasa (running) bagi siri negeri dan NPI boleh dibuat melalui Portal Rasmi JPJ.

Cara Membuat Tempahan & Pembelian

  1. Daftar / Log masuk kali pertama portal mySIKAP JPJ bagi akaun individu / syarikat di laman web https://public.jpj.gov.my/
  2. Log masuk dengan masukkan ID pengguna, kata laluan dan kod sekuriti (https://public.jpj.gov.my/public/login.zul)
  3. Pilih menu Kenderaan – Tempahan Nombor Pendaftaran – Pilih sama ada “Nombor Pendaftaran Semasa” atau “Nombor Pendaftaran Istimewa”
  4. Buat pilihan siri dan nombor.
  5. Buat pembayaran.
  6. Cetak Resit.

[tempahan nombor pendaftaran kategori semasa, nombor baki atau nombor tamat tempoh melalui kaunter JPJ negeri]

Tempahan dan pembelian nombor pendaftaran bagi kategori semasa (running), nombor baki atau nombor tamat tempoh boleh dibuat di mana-mana JPJ Negeri/ Cawangan (kecuali Pejabat UTC).

Cara Membuat Tempahan & Pembelian

  1. Hadir ke JPJ Negeri yang berhampiran dengan mengisi Borang Tempahan Nombor Pendaftaran Kenderaan Secara Pilihan (hyperlink borang) beserta sesalinan kad pengenalan pemohon / identiti pengenalan syarikat.
  2. Buat pilihan siri dan nombor kategori semasa (running), nombor baki atau nombor tamat tempoh yang boleh dibuat tempahan dan pembelian.
  3. Dapatkan kelulusan
  4. Membuat pembayaran.
  5. Cetak Resit pembayaran.

BORANG JPJeBID.02 (Pindaan 1/2026)

Adakah halaman ini membantu?

Dikemas kini: 29 Okt 2026Sumber: halaman asal JPJKandungan asal dipindah, belum ditulis semula