Langkau ke kandungan
Laman web rasmi Kerajaan Malaysia
Saiz teks
Pernyataan aksesibiliti

Laman web rasmi menggunakan .gov.myLaman web kerajaan Malaysia menggunakan domain .gov.my. Pastikan alamat jpj.gov.my sebelum membuat sebarang urusan.

Laman web yang selamat menggunakan HTTPSCari ikon kunci atau https:// pada pelayar sebelum berkongsi maklumat peribadi.

  1. Laman utama
  2. Pengumuman
  3. Bagaimana saya boleh menyemak sama ada saya menggunakan versi aplikasi MyJPJ yang terkini?
Pengumuman

Bagaimana saya boleh menyemak sama ada saya menggunakan versi aplikasi MyJPJ yang terkini?

Diterbitkan 3 Jul 2026

a. Anda boleh menyemak versi aplikasi MyJPJ yang dipasang pada peranti anda dengan langkah-langkah berikut:

    1. Buka aplikasi MyJPJ.
    2. Pilih Teruskan sebagai Tetamu.
    3. Tekan ikon Tetapan di bahagian bucu atas sebelah kanan.
    4. Nombor Versi Aplikasi akan dipaparkan pada halaman tersebut.

b. Untuk memastikan anda menggunakan versi aplikasi MyJPJ yang terkini, sila semak melalui platform rasmi berikut. Sekiranya terdapat kemas kini yang tersedia, sila kemas kini aplikasi kepada versi yang terkini sebelum mencuba log masuk semula menggunakan MyDigital ID.

Playstore

Sumber: pengumuman asal di laman JPJ