Langkau ke kandungan
Laman web rasmi Kerajaan Malaysia
Saiz teks
Pernyataan aksesibiliti

Laman web rasmi menggunakan .gov.myLaman web kerajaan Malaysia menggunakan domain .gov.my. Pastikan alamat jpj.gov.my sebelum membuat sebarang urusan.

Laman web yang selamat menggunakan HTTPSCari ikon kunci atau https:// pada pelayar sebelum berkongsi maklumat peribadi.

  1. Laman utama
  2. Pengumuman
  3. Pelelongan awam kenderaan sita 01/2026sel
Pengumuman

Pelelongan awam kenderaan sita 01/2026sel

Diterbitkan 16 Mac 2026

Aplikasi JPJvBID, sebuah platform digital bagipengurusan lelongan awam kenderaan sita dan dilucuthak secara dalam talian. Inisiatif ini merupakan langkah strategik jabatan dalam memperkukuh ketelusan, kecekapan serta integriti pengurusan pelupusan kenderaan. Aplikasi JPJvBID boleh dimuat turun mulai 10 Mac 2026 melalui platform Play Store (Android), Apple App Store (iOS) dan Huawei AppGallery. Akses ke aplikasi ini boleh dibuat menggunakan ID MyJPJ sedia ada atau melalui pendaftaran baharu di portal rasmi JPJ. Orang awam yang berminat boleh mula membeli e-katalog bagi tujuan penyertaan bidaan mulai 18 Mac 2026 pada harga RM50.00 bagi setiap siri pelelongan.Bidaan pertama melalui aplikasi JPJvBID akan berlangsung dari1 April hingga 5 April 2026.#jpjmalaysia#motmalaysia#JPJvBID#lelong lelong

Sumber: pengumuman asal di laman JPJ