Langkau ke kandungan
Laman web rasmi Kerajaan Malaysia
Saiz teks
Pernyataan aksesibiliti

Laman web rasmi menggunakan .gov.myLaman web kerajaan Malaysia menggunakan domain .gov.my. Pastikan alamat jpj.gov.my sebelum membuat sebarang urusan.

Laman web yang selamat menggunakan HTTPSCari ikon kunci atau https:// pada pelayar sebelum berkongsi maklumat peribadi.

  1. Laman utama
  2. Rakan Strategik
  3. Proses kelulusan jenis kenderaan (VTA)
Rakan Strategik

Proses kelulusan jenis kenderaan (VTA)

Proses Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) adalah satu proses yang dijalankan kepada semua model baru kenderaan sebelum proses pendaftaran dibenarkan. Proses ini diperkenalkan bagi mengawal identiti, dimensi, berat, ciri-ciri pembinaan dan spesifikasi sesebuah kenderaan agar menepati semua spesifikasi yang telah ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan.

Bagi memastikan proses ini berjalan secara telus dan lancar, jawatankuasa yang dikenali sebagai National Committee for Type Approval and Homologation (NCVTA) telah ditubuhkan bagi menilai setiap permohonan Kelulusan Jenis Kenderaan yang dibuat bagi memastikan setiap aspek kenderaan tersebut adalah selaras dengan peraturan semasa yang ditetapkan. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia dan dianggotai oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta yang berkaitan seperti SIRIM, MIROS, MITI, MOT, KASTAM, PUSPAKOM, JAS, PDRM, KPDNHEP, MOSTI, Jabatan Standards Malaysia dan juga Malaysia Automotive Robotics and IoT Institute (MARii).

Adakah halaman ini membantu?

Dikemas kini: 14 Dis 2022Sumber: halaman asal JPJKandungan asal dipindah, belum ditulis semula