Langkau ke kandungan
Laman web rasmi Kerajaan Malaysia
Saiz teks
Pernyataan aksesibiliti

Laman web rasmi menggunakan .gov.myLaman web kerajaan Malaysia menggunakan domain .gov.my. Pastikan alamat jpj.gov.my sebelum membuat sebarang urusan.

Laman web yang selamat menggunakan HTTPSCari ikon kunci atau https:// pada pelayar sebelum berkongsi maklumat peribadi.

  1. Laman utama
  2. Saman
  3. Pemakaian tali pinggang keledar
Saman

Pemakaian tali pinggang keledar

Bermula 1 Januari 2009, peraturan pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk belakang telah dikuatkuasakan melalui Kaedah-Kaedah Kereta Motor (Tali Pinggang Keledar) (Pindaan 2008).

Kaedah ini mula berkuatkuasa ke atas semua jenis kenderaan kecuali kenderaan-kenderaan seperti berikut :

  1. Kenderaan yang didaftarkan sebelum 1 Januari 1995.
  2. Kenderaan yang didaftarkan pada dan selepas 1 Januari 1995, tetapi tidak dilengkapi dengan penambat binaan dalam (rear anchorage points); dan
  3. Kenderaan barangan yang mempunyai had muatan barangan (BDM) melebihi 3.5 tan.

Bagi kenderaan yang didaftarkan pada dan selepas 1 Januari 1995 dan mempunyai penambat binaan dalam (rear anchorage points), tetapi tidak dipasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang, pemilik kenderaan tersebut diberi tempoh selama 3 tahun untuk memasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang. Tempoh 3 tahun ini bermula dari 1 Januari 2009 hingga 31 Disember 2011.

Intervansi atau inisiatif melalui penguatkuasaan tali pinggang keledar belakang ini dibuat bertujuan untuk mengurangkan kecederaan dan kematian apabila berlaku kemalangan jalan raya.

Mana-mana pemandu atau penumpang yang tidak memakai tali pinggang keledar (hadapan atau belakang) akan disaman. Penalti bagi kesalahan ini bagi sabitan pertama adalah denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi satu (6) bulan dan, dalam hal sabitan kali kedua atau kali kemudian, didenda tidak melebihi RM4,000 atau penjara tidak melebihi dua belas (12) bulan atau kedua-duanya sekali.

Adakah halaman ini membantu?

Dikemas kini: 14 Apr 2025Sumber: halaman asal JPJKandungan asal dipindah, belum ditulis semula