Langkau ke kandungan
Laman web rasmi Kerajaan Malaysia
Saiz teks
Pernyataan aksesibiliti

Laman web rasmi menggunakan .gov.myLaman web kerajaan Malaysia menggunakan domain .gov.my. Pastikan alamat jpj.gov.my sebelum membuat sebarang urusan.

Laman web yang selamat menggunakan HTTPSCari ikon kunci atau https:// pada pelayar sebelum berkongsi maklumat peribadi.

  1. Laman utama
  2. Saman
  3. Tuntut kenderaan yang disita JPJ
Saman

Tuntut kenderaan yang disita JPJ

Kenderaan yang disita JPJ boleh dituntut selepas identiti pemandu atau kenderaan dikenal pasti, kesalahan diberhentikan, atau dilepaskan melalui perintah mahkamah.

Asas undang-undang
Seksyen 64(1) APJ 1987
Di mana tuntut
Pejabat JPJ yang menyita kenderaan
Siapa hadir
Pemilik berdaftar dan pihak yang menuntut

Bila kenderaan boleh dituntut

  • Identiti pemandu atau kenderaan telah dikenal pasti.
  • Kesalahan yang dilakukan telah diberhentikan atau diatasi.
  • Dilepaskan oleh mahkamah (perintah mahkamah).

Siapa boleh menuntut

  • Pemunya atau pemilik berdaftar.
  • Institusi kewangan, jika tidak dituntut oleh pemilik dalam tempoh yang ditetapkan dan dengan perintah mahkamah.
  • Agensi kerajaan seperti Polis atau Kastam.
  • Orang yang diberi kuasa di bawah pentadbir pusaka, jika pemilik telah meninggal dunia.
  • Bagi kenderaan syarikat: pengarah urusan, setiausaha syarikat, atau pegawai syarikat yang diberi kuasa secara bertulis.

Dokumen yang perlu dibawa

  • LKM dan insurans yang sah (jika berkaitan).
  • Lesen memandu yang sah dan masih berkuat kuasa.
  • Kad pengenalan dan salinan.
  • Lesen pengendali atau permit asal (kenderaan perdagangan atau sekolah memandu).
  • Borang 49 SSM (kenderaan syarikat).
Pemilik berdaftar dan pihak yang menuntut perlu hadir ke pejabat JPJ tempat kenderaan itu disita.
Adakah halaman ini membantu?

Dikemas kini: 21 Apr 2025Sumber: halaman asal JPJ