Mohon lesen memandu kompeten (CDL)
Selepas tamat tempoh percubaan dua tahun, tukar lesen percubaan (PDL) anda kepada lesen memandu kompeten (CDL).
- Di mana
- Pejabat JPJ Negeri atau Cawangan sahaja
- Bila boleh mohon
- 7 hari sebelum PDL tamat
- Tempoh untuk mohon
- 1 tahun dari tarikh PDL tamat
- Bayaran kelas B2, B dan C
- RM20.00
Siapa yang layak
- Memohon dalam tempoh 7 hari sebelum tamat tempoh percubaan.
- Tempoh permohonan ialah satu tahun dari tarikh tamat tempoh kuat kuasa PDL.
- Pemilik tidak disenarai hitam.
Dokumen yang perlu dibawa
- MyKad atau pasport asal pemohon. Jika diuruskan oleh wakil, bawa salinan MyKad atau pasport pemohon.
- Dokumen pengenalan diri asal wakil (jika diuruskan oleh wakil).
- Satu keping gambar berwarna berlatar putih, berukuran 25mm x 32mm (pilihan).
- Pasport yang masih berkuat kuasa (warga asing).
Bayaran
| Kelas | Warganegara | Bukan warganegara |
|---|---|---|
| A dan A1 | RM2.00 | |
| B2, B dan C | RM20.00 | RM120.00 |
| D dan ke atas | RM30.00 | RM120.00 |
Kadar bukan warganegara terpakai bagi semua kelas B2, B, C, D, DA, F, G, H dan I.
Adakah halaman ini membantu?

