Langkau ke kandungan
Laman web rasmi Kerajaan Malaysia
Saiz teks
Pernyataan aksesibiliti

Laman web rasmi menggunakan .gov.myLaman web kerajaan Malaysia menggunakan domain .gov.my. Pastikan alamat jpj.gov.my sebelum membuat sebarang urusan.

Laman web yang selamat menggunakan HTTPSCari ikon kunci atau https:// pada pelayar sebelum berkongsi maklumat peribadi.

  1. Laman utama
  2. Lesen Memandu
  3. Mohon lesen belajar memandu (LDL)
Lesen Memandu

Mohon lesen belajar memandu (LDL)

Lesen belajar memandu (LDL) membolehkan anda berlatih memandu sebelum menduduki ujian amali. Anda perlu lulus ujian undang-undang Bahagian I terlebih dahulu.

Di mana
Pejabat JPJ atau kiosk eKhidmat
Tempoh lesen
3 atau 6 bulan
Tempoh maksimum
2 tahun dari tarikh mula
Bayaran kelas B dan C
RM20 (3 bulan) atau RM40 (6 bulan)

Siapa yang layak

Umur minimumKelas lesen
Melebihi 16 tahunA, B2, B dan C
Melebihi 17 tahunA1, D dan DA
Melebihi 21 tahunE, F, G, H, I dan lesen vokasional
18 tahunKonduktor (CON)

Anda juga mesti lulus ujian undang-undang Bahagian 1, dan keputusan ujian telah dikemas kini serta masih berkuat kuasa dalam tempoh satu tahun.

Dokumen yang perlu dibawa

  • MyKad atau pasport asal pemohon. Jika diuruskan oleh wakil, bawa salinan MyKad atau pasport pemohon.
  • Dokumen pengenalan diri asal wakil (jika diuruskan oleh wakil).
  • Satu keping gambar berwarna berlatar putih, berukuran 25mm x 32mm.
  • Pasport yang masih berkuat kuasa (warga asing).

Bayaran

Kelas3 bulan6 bulan
A, A1 dan B2 tunggalRM2.00
B dan CRM20.00RM40.00
D dan ke atasRM30.00RM60.00

Perlu tahu

  • Tetapkan kelas lesen sebelum LDL dikeluarkan.
  • Kelas lesen memandu tidak boleh dipinda lebih daripada sekali.
  • LDL boleh dikeluarkan dan diperbaharui bagi tempoh 3 atau 6 bulan, sehingga maksimum 2 tahun dari tarikh lesen mula dikeluarkan.

Langkah seterusnya

  1. Lulus ujian undang-undang Bahagian I

    Keputusan mesti dikemas kini dan sah dalam tempoh setahun.

  2. Mohon LDL di pejabat JPJ atau kiosk eKhidmat

    Bawa dokumen di atas dan pilih kelas lesen.

  3. Tempah ujian Bahagian II dan III

    Lihat panduan tempah ujian memandu.

  4. Mohon lesen percubaan (PDL)

    Selepas lulus ujian amali. Lihat panduan PDL.

Adakah halaman ini membantu?

Dikemas kini: 17 Apr 2025Sumber: halaman asal JPJ