Langkau ke kandungan
Laman web rasmi Kerajaan Malaysia
Saiz teks
Pernyataan aksesibiliti

Laman web rasmi menggunakan .gov.myLaman web kerajaan Malaysia menggunakan domain .gov.my. Pastikan alamat jpj.gov.my sebelum membuat sebarang urusan.

Laman web yang selamat menggunakan HTTPSCari ikon kunci atau https:// pada pelayar sebelum berkongsi maklumat peribadi.

  1. Laman utama
  2. Nombor Pendaftaran
  3. Penggunaan semula nombor pendaftaran
Nombor Pendaftaran

Penggunaan semula nombor pendaftaran

Jika kenderaan anda hilang atau dicuri, anda boleh menggunakan semula nombor pendaftarannya pada kenderaan baharu.

Bayaran
RM200 semasa didaftarkan pada kenderaan baharu
Borang
JPJ K13 (pind. 1.2011)
Kelulusan
Tertakluk kepada pelepasan senarai hitam PDRM

Selaras dengan pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987, pemilik boleh menggunakan semula nombor pendaftaran yang pernah didaftarkan atas kenderaan yang telah dilaporkan hilang atau dicuri.

Dokumen yang diperlukan

  • Salinan Borang Permohonan Menggunakan Semula Nombor Pendaftaran Kenderaan Yang Telah Hilang Atau Dicuri [JPJ K13 (pind.1.2011)] yang lengkap diisi.
  • Salinan laporan polis berhubung kehilangan kenderaan.
Kelulusan tertakluk kepada pelepasan senarai hitam daripada Polis Diraja Malaysia. Bayaran RM200 dikenakan semasa nombor itu didaftarkan pada kenderaan baharu.

Pertanyaan

Bahagian Pelesenan Kenderaan, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, Aras 3, No. 26, Jalan Tun Hussein, Persiaran Perdana, Presint 4, Putrajaya. Telefon 03-8892 8171, faks 03-8881 1155.

Adakah halaman ini membantu?

Dikemas kini: 21 Apr 2025Sumber: halaman asal JPJ