Pemindahan nombor pendaftaran kenderaan
Pindahkan nombor pendaftaran daripada kenderaan anda yang sedia ada kepada kenderaan baharu yang belum didaftarkan. Kedua-dua kenderaan mesti milik orang yang sama.
- Pemilik
- Sama bagi kedua-dua kenderaan
- Kenderaan baharu
- Belum didaftarkan
- Pemeriksaan PUSPAKOM
- Kenderaan asal sahaja
- Senarai hitam
- Kenderaan asal bebas JPJ dan PDRM
Syarat
- Permohonan oleh pemilik berdaftar atau wakil.
- Kenderaan asal dan baharu dimiliki oleh pemilik yang sama.
- Kenderaan baharu belum didaftarkan.
- Hanya kenderaan asal perlu menjalani pemeriksaan PUSPAKOM untuk mengenal pasti identiti. Kenderaan baharu tidak perlu diperiksa, kecuali kenderaan import.
- Kenderaan asal tiada senarai hitam JPJ dan PDRM.
- Tarikh e-Insurans dibuka bagi kenderaan baharu selepas pemindahan nombor diproses.
- Fi yang telah ditetapkan.
Dokumen untuk kenderaan baharu
- Dua salinan Borang Senarai Semak eDaftar.
- Dua salinan Borang JPJ K1 cetakan elektronik.
- Dokumen pengenalan diri mengikut jenis pemohon.
- Laporan pemeriksaan PUSPAKOM (B2) bagi kenderaan orang cacat atau kenderaan import.
- Salinan Sijil Kelulusan Kenderaan Diesel Hijau (SIRIM) yang berkuat kuasa, bagi kenderaan diesel hijau.
- Borang Kastam K1 serta Lesen Import (AP) asal dan salinan, bagi kenderaan import.
- Surat keputusan tempahan nombor pendaftaran yang berjaya, jika berkenaan.
Dokumen untuk kenderaan asal
- Dua salinan Borang JPJ K1E.
- Dua salinan Borang JPJ K1A.
- Dokumen pengenalan diri mengikut jenis pemohon.
- Perakuan Pendaftaran Kenderaan (JPJ K2) asal.
- Laporan pemeriksaan PUSPAKOM (B2) atau B5.
- Surat pengesahan atau persetujuan Kastam (bagi Labuan dan Langkawi).
- Dokumen pengenalan diri asal dan salinan wakil, jika wakil hadir.
Adakah halaman ini membantu?

