e-Aduan@JPJ: aduan dan maklum balas
Laporkan kesalahan lalu lintas yang anda saksikan melalui aplikasi MyJPJ. Gambar atau video anda menjadi bukti aduan.
- Saluran
- e-Aduan@JPJ dalam aplikasi MyJPJ
- Jenis kesalahan
- 9 kesalahan utama
- Muat turun
- Play Store, App Store dan AppGallery
- Dilancarkan
- 1 April 2022
Kesalahan yang boleh diadukan
- Gagal mematuhi lampu isyarat merah
- Memotong garisan berkembar
- Menggunakan telefon bimbit semasa memandu
- Memandu di lorong kecemasan
- Tidak memakai tali pinggang keledar atau topi keledar
- Memotong di sebelah kiri
- Memotong barisan
- Cermin gelap
- Nombor plat fancy
Cara membuat aduan
- Muat turun aplikasi MyJPJ
Tersedia di Play Store, App Store dan AppGallery.
- Daftar ID Awam
Daftar dalam aplikasi atau di Portal JPJ, kemudian log masuk.
- Aktifkan GPS
Pastikan data GPS telefon diaktifkan.
- Pilih kesalahan
Pilih jenis kesalahan yang bersesuaian.
- Muat naik bukti
Gambar, video atau pautan berkaitan kesalahan.
- Lengkapkan maklumat dan hantar
Isi maklumat yang disediakan, kemudian hantar aduan.
- Buat perakuan sebagai saksi JPJ
Langkah terakhir sebelum aduan diproses.
Tujuan aplikasi
Supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya.
Mewujudkan "perception of being caught" dalam kalangan pengguna jalan raya.
Menjadikan jalan raya selamat digunakan oleh semua.
Platform mesra pengguna untuk menyalurkan aduan kesalahan lalu lintas.

