Langkau ke kandungan
Laman web rasmi Kerajaan Malaysia
Saiz teks
Pernyataan aksesibiliti

Laman web rasmi menggunakan .gov.myLaman web kerajaan Malaysia menggunakan domain .gov.my. Pastikan alamat jpj.gov.my sebelum membuat sebarang urusan.

Laman web yang selamat menggunakan HTTPSCari ikon kunci atau https:// pada pelayar sebelum berkongsi maklumat peribadi.

  1. Laman utama
  2. Pusat Media
  3. JPJ Prihatin: perkhidmatan lain

JPJ Prihatin: perkhidmatan lain

JPJ Prihatin

Pengurangan LKM (ROADTAX) untuk kenderaan klasik / vintaj

Perkhidmatan ini membolehkan orang awam memohon pengkelasan kenderaan klasik / vintaj mereka bagi tujuan pengurangan bayaran Lesen Kenderaan Motor (LKM) seperti Arahan Jabatan Bilangan 13/ 2000 (Pindaan 1/2002), Prosedur Permohonan untuk Mendapatkan Status Motokar Vintaj / Klasik Bagi Tujuan Pengurangan Bayaran Lesen Kenderaan Motor (LKM). Sistem akan mengklasifikasikan kenderaan tersebut mengikut tahun pembuatan di mana 50 tahun dikategorikan kenderaan vintaj (pengecualian LKM 90%) dan 25 tahun kenderaan klasik (pengecualian LKM 80%). Sila rujuk JPJ berdekatan untuk maklumat lanjut.

Pengurangan LKM (ROADTAX) bagi NGO/ lembaga

Semua permohonan ini perlu melalui JPJ Negeri/Cawangan untuk proses awalan sebelum kelulusan. Sila rujuk JPJ berdekatan untuk maklumat lanjut.

Jenis Kenderaan /
Organisasi Pertubuhan
Bas Van Kereta Jip Lain Lain Kenderaan
Kenderaan Jenazah / Mayat – 100% – – –
Kenderaan OKU / Amal / Kanser / Spastik 70% 100% 50% 50% 50%
Kenderaan Masjid / Buddha / Kuil / Gereja 50% 100% 50% 50% 50%
Kenderaan Anak Yatim /Yayasan / Orang Tua 70% 100% 50% 50% 50%
Kenderaan Bomba / Ambulans NGO 50% 100% 50% 50% 50%
Kenderaan Perhilitan / Lembaga / Lain-Lain 50% 50% 50% 50% 50%
Adakah halaman ini membantu?

Dikemas kini: 13 Okt 2022Sumber: halaman asal JPJKandungan asal dipindah, belum ditulis semula